Muhammad Putra Ashman

Lilypie Third Birthday tickers

January 31, 2011

Kempen Derma Darah Anjuran KESURETA LTAT

Kempen Derma Darah anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi LTAT (KESURETA) telah diadakan pada 27 Januari 2011.

Pusat Darah Negara sekarang berada di dalam keadaan terdesak, amat memerlukan penderma darah untuk menderma darah tidak kira samada darah jenis A, B, AB atau O. Stok bekalan darah tersebut akan digunakan bagi menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang kini amat memerlukan darah untuk rawatan yang sedang mereka lalui.

Pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui KESURETA sentiasa peka terhadap kempen derma darah yang dianjurkan oleh Pusat Darah Negara Malaysia. Melalui kempen ini, sokongan dan bantuan yang diberi secara tidak langsung mampu menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang kini amat memerlukan darah untuk rawatan yang sedang mereka lalui.

Alhamdulillah, pihak KESURETA telah berjaya mendapatkan beberapa penderma darah daripada kakitangan LTAT, dimana jumlahnya adalah lebih ramai berbanding dengan kempen derma darah sebelum ini. Diharap kempen derma darah ini akan mendapat sambutan yang lebih baik lagi di masa akan datang.

*Klik sini untuk kempen sebelum ini : LTAT Sahut Cabaran Kempen Derma Darah.

Usaha murni ini akan terus dijalankan dan dijadikan amalan oleh semua kakitangan LTAT di masa akan datang. Insyallah.

Berdiri dari kiri : Mohd Hisyam Abdullah, Syaiful Bahrin Mat Nor, Salina Md. Dali, Rafidah Abu Samah,
Pn. Hanisah Mohd Isa (Pen. Peg. Penerangan Unit Perolehan & Perhubungan Penderma), Rosnani Samsudin, Zunafishailmy Mohd Napis, Siti Radhiah Abdul Razak, Noor Ashikin Kaishari, Mohd Azdy Mohd Ali dan
Wan Amir Wan Abd. Rahman.



17 comments:

YayaJunior said...

klu tahun depan d lg, aku nak join... hehehehehe

Count Dracula said...

Baik korang derma kat aku je.... Dah 2 minggu aku tak minum darah nie... huhuhuhuhu...

Nurse said...

Mamat pakai jaket beige colour tu tahun lepas darah dia manis, tp tahun nie dah macam nak basi lak... kenapa ye..

Edoras said...

Tak cukup darah lagi.... hehe..

green said...

bain..pray for malaysian n all muslims safety in Egypt..i have friends in Alexandria n zagazig..n i'm worried sick bout em..

baincardin said...

Yaya, dijangka bulan May 2011 akan diadakan lagi kempen derma darah ni oleh pihAK kesureta.

baincardin said...

Count Dracula kalo derma darah sure berliter-liter dia boleh derma. hehe ^_^'

baincardin said...

Nurse, darah dia mmg dah basi. haha ^_^'

baincardin said...

bro Edoras, kene mkn byk² kasi naikkan berat badan ye. ^_^

baincardin said...

Insyallah green. Kita semua doakan yg terbaik utk keselamatan mereka semua...amin.

WanHidayat said...

Selamat menderma darah....dah lama rasanya tak menderma darah. Dah pernah derma lebih dari 5 kali sejak tahun 2002....hehehe

WanHidayat said...

Selamat menderma darah....dah lama rasanya tak menderma darah. Dah pernah derma lebih dari 5 kali sejak tahun 2002....hehehe

baincardin said...

Salam Dayat. Elok tu dayat derma sekarang. Pusat Darah Negara mmg betul² perlukan darah skang ni. :)

Edoras said...

Bro - Boleh ajar macam mana nak guna Domain name sendiri dalam Blogger ini? Saya dah regoster tetapi tak tahu nak setup...
Ada YM atau Skype utk berbincang?

Nessa said...

Good morning, Bain!

Saya memang nak menderma tapi darah saya tak laku la cos I have Hyperthyroidism. Pernah cuba menderma beberapa tahun dulu tapi ditolak. Sedihnya... :(

baincardin said...

Salam bro Edoras.

nanti bain explain pd bro ttg domain ni k.

baincardin said...

Good morning Nessa! ^_^

ooh..ye ke. takpe, niat ikhlas utk menderma tu pun dah cukup baik.:)