February 26, 2010

22 comments

Salam Maulidur Rasul

Di kesempatan ini Bain ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul kpd semua bloggers sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t. untuk kebaikan di dunia dan di akhirat, amin.......^_^

Something to share...


"Maulidur Rasul
(dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awalnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.


Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.


Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.


Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya." -wikipedia


February 24, 2010

22 comments

Kejohanan Dam Haji LTAT

Pada 20 Februari 2010, Kelab Sukan dan Rekreasi LTAT (KESURETA) dengan jayanya telah mengadakan pertandingan Dam Haji, bertempat di dewan makan Tingkat 13, Bangunan LTAT. Alhamdulillah, kejohanan ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan daripada ahli KESURETA yang lebih ramai berbanding tahun² lepas.


*Keputusan pertandingan akan dilampirkan kemudian.

February 19, 2010

12 comments

Ampang Look Out Point

Dah lama tak buat eksperimen HDR. Demam HDR dah hampir sembuh kot? Hehe...^_^' Sesekali nak sebarkan lagi virus HDR ni. Jadi Bain cuba HDR gambar kat bawah ni.

*Di atas permintaan ramai...

Kepada sesiapa yg suka banget ngan HDR Photography, bolehlah tengok koleksi gambar² HDR Bain kat sini.

dan...


Kepada sesiapa yg nak belajar teknik HDR tu bolehlah klik kat sini.

dan lagi.....:)

Kepada sesiapa yg nak tau Bain pakai camera apa,
camera yg basic dan biasa² aja bolehlah pi sini.



________________________________________________________

Gambar ni diambil dari Ampang Look Out Point, Hulu Langat. Macam² ada kat situ. Pada photographer samada pro atau tidak, dslr atau yg biasa² aja...mmg sesuai pi beriadah kat tempat ni. Ada byk kedai makan untuk bersantai sekeluarga sambil menikmati keindahan alam semulajadi.



Have a nice day ya! ^_^

February 17, 2010

19 comments

*Jack Ng Kok Wah - Gong Xi Fa Cai!

14 February 2010.

Tarikh adik Bain bertunang. Serentak dengan Tahun Baru Cina, tahun Harimau & Valentine's Day kepada sesiapa yg meraikannya. (sorry...gambar adik bertunang tak ada kat sini, kat FB dia ada) ^_^

Hari tu sempat Bain pergi beraya di rumah kawan lama merangkap best fren Bain, Jack Ng Kok Wah, since 1991. Kenal dia dari form 1 di Sek. Men. Tmn. Tasik. Sampailah form 3. Form 4 Bain dah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Tapi kitaorg still keep in touch sampailah sekarang ni. :)

Dalam class, kitaorg selalu jadi pelajar contoh kpd pelajar² lain sebab dok sebelah-menyebelah. Sorang bangsa Melayu, sorang bangsa Cina. Meja di dalam class disusun dua-dua. Students yg lain, duduk sebangsa sebelah-menyebelah. Kalau Melayu ngan Melayu, Cina ngan Cina, India ngan India. Kecuali Bain ngan Jack ni je yg dok Melayu-Cina dlm class tu. Begitulah ringkasan kisah kitaorg kt sekolah dulu...

Bain sempat beraya di rumah Jack pukul 10.00 pagi sebelum majlis pertunangan adik Bain bermula pukul 3.30 petang. Sempat jumpa Aunty Ng (ibu Jack) hari tu...dan yg paling best.....Bain dapat ang pow dari aunty Ng! Yay!!!~ ^_^ Thank you so much aunty!!!~~~. ;)

From left: Jack, Aunty Ng & Me!


Bain ada call Vijay (lagi sorang best fren kat skolah) sebelum nak ke rumah Jack pagi tu, dia tak dapat join dan berada di Rawang. Takpe, maybe next time Bain, Jack ngan Vijay boleh jumpa sama and lepak² borak² macam dulu. Lama betul tak jumpa diaorg bersama.

Dulu, sebelum Vijay ngan Bain berkahwin, Bain, Jack and Vijay, kitaorg selalu celebrate birthday sama². (sila lihat gambar lama di bawah)

Bain-17th March, Jack-5th March & Vijay-14th Oct. Then kitaorg tukar² hadiah. (Hehe...kelakar plak rasanya bila kenangkan balik zaman dulu²...) I really miss the old days.

From left: Vijay, Bain & Jack

Bain harap persahabatan ini akan kekal hingga ke akhir hayat, Insyaallah.....

February 12, 2010

25 comments

Gong Xi Fa Cai - Year of the Tiger

I would like to wish to all my friends here in the beginning of the year of tiger...AUMMMM!!!!!

Gong Xi Fa Cai



There are many saying and greetings associated with the Chinese New Year. Mandarin greetings! ^_^ Bain nak share skit kat bawah ni.
Have a nice day ya! ^_^


!
Mercun adalah sangat merbahaya dan Bain tak menggalakkan semua org bermain mercun. Ingatlah orang² tersayang...^_^

*Bain dulu masa kecik² ligat gak main mercun. Sekarang dah tak boleh dah..dah diharamkan sebab budak² sekarang ni dah terlalu kreatif banget dlm pembikinan mercun yg pelbagai kesan bahaya yg memudaratkan.

February 11, 2010

23 comments

Al-Fatihah.

Salam semua bloggers kawan² Bain di sini.

Untuk pengetahuan semua, pemilik blog ini telahpun meninggal dunia pada 7 February 2010 yang lalu. Al-Fatihah untuk beliau.

Al-Fatihah.......

http://hamiza-nky.blogspot.com/

Nama panggilan arwah ialah HAMIZA, dan nama sebenar arwah adalah KAMARIAH BINTI MD YUSOF. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 5.30 pagi, 7 February 2010 di hospital Sg. Buloh.

Untuk kisah lebih lanjut, click sini.

Salam takziah untuk family arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang² yang beriman, amin.......

February 09, 2010

18 comments

Domino & Congkak Tournament LTAT

Kelab Sukan dan Rekreasi LTAT (KESURETA) sekali lagi menganjurkan aktiviti sukan dalaman untuk kakitangan LTAT. Kali ni, congkak dan domino menjadi pilihan bagi kakitangan office Bain untuk menyertainya, sambil beriadah bersama keluarga di hujung minggu pada 7 February 2010. Penyertaan kali ini amatlah menggalakkan, lebih ramai peserta yang terlibat berbanding dgn tahun² yang lepas. Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar sekali.

Ni gambar² yg sempat Bain ambil. Terima kasih kepada mereka yang menjayakan program sukan dalaman ni dan tahniah kepada pemenang! ^_^


Bain tak sempat nak amik gambar pemain² congkak ramai²...gambar ni je sempat. (Itupun suruh Ady berlakon ngan anak kak Zainah) ^_^'

More stories about congkak and domino:-

Congkak (Malay pronunciation: [tʃoŋkaʔ]) is a mancala game played in the island of Borneo, Singapore, and Peninsular Malaysia. Minor variants are known as Tchonka, Naranj, Dakon or Sungka and are played in Indonesia (mostly Java), Sri Lanka, the Maldives, southern Thailand, the Philippines and the Marianas. In Indonesia, it is called "Congklak" meaning cowrie shells, which are often used as pieces. On the island of Java, it is called "Dakon" and little red seeds are used as pieces. In the Philippines it is called "Sungka" and shells are used as pieces.

Congkak is believed to originate from the word ‘congak’ which in old Malay Language means count/calculate inside one's head (without writing it down). It is believed that the game originated in Malacca Kingdom where it became very popular and spread to the South East Asia region. This spread was due to the many travelers who visited the kingdom because it was a trading city. In the early days, it was thought that this game was for the king and family and palace residents, however later it spread to the general population of the kingdom. As the congkak board is shaped like a boat it is believed that it is based on the legend of a fisherman unable to go to the sea during rainy season who lost his income during this time. To prevent boredom he created this game which is similar to his boat. However, on the island of Java, the board always has a dragon head at each end and the sides of the board (which is made of wood) are carved to look like reptile scales.

Dominoes (or dominos) generally refers to the collective gaming pieces making up a domino set (sometimes called a deck or pack) or to the subcategory of tile games played with domino pieces. In the area of mathematical tilings and polyominoes, the word domino often refers to any rectangle formed from joining two congruent squares edge to edge. The traditional Sino-European domino set consists of 28 dominoes, colloquially nicknamed bones, cards, tiles, tickets, stones, or spinners. Each domino is a rectangular tile with a line dividing its face into two square ends. Each end is marked with a number of spots (also called pips) or is blank. The backs of the dominoes in a set are indistinguishable, either blank or having some common design. A domino set is a generic gaming device, similar to playing cards or dice, in that a variety of games can be played with a set. - wikipedia


February 03, 2010

27 comments

Chess Tournament LTAT 2010

Kejohanan Catur LTAT telah diadakan pada 24 Januari 2010. Sambutan yang pada mulanya amatlah menggalakkan telah bertukar menjadi agak kurang menggalakkan di saat² akhir setelah ada para peserta terpaksa menarik diri kerana sebab² dan masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. ^_^

Walaubagaimanapun, kejohanan catur LTAT kali ini tetap diteruskan dan suasana amatlah mencabar dengan kebanyakan peserta yang terlibat adalah otai, bersaing sengit bagi merebut kejuaraan berprestij anjuran KESURETA. Hadiah berupa wang tunai menjadi rebutan bagi kejohanan kali ini.

Berdiri dari kiri : Mohd Din Ramli, Azhar Mohd Mukry, Rafidah Abu Samah, Muhamad Che Cob & Bain :)
Duduk dari kiri : Rosli Jaafar & Mohd Azdy Mohd Ali

Dari pengamatan Bain sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta kesemuanya bukan calang² orangnya! Pelbagai jenis strategy digunakan. Lihat saja chess opening yg mereka gunakan.

Ada yg guna King Pawn Openings, Scotch Openings, Petroff Defense, French Opening, Caro-Kann Defense, Alekhine Defense, Queen Pawn Openings, dan sebagainya. Jarang mereka guna Larsen Opening dan Nimzo-Indian Defense.

Masih banyak lagi yg perlu dipelajari dan diasah skill dlm chess ni; pin, fork, skewer, discovery attack dan Zugzwang tactics.

Diharap kejohanan catur seperti ini dapat diteruskan dan mendapat sambutan yang lebih menggalakkan di masa akan datang.


Keputusannya:-

Juara : Azhar Mohd Mukry
Naib Juara : Bain
Tempat ke-3 : Muhamad Che Cob


Tahniah kepada peserta yang menang! ^_^


"Chess is mental torture"-Gary Kasparov

February 02, 2010

12 comments

DQ Midi - Perfumes Oil for Men & Women

(Sekadar ingin membantu rakan di office) ^_^

Perfumes Oil for Men and Women-DQ. Memang sungguh harum baunya. Rakan Bain - Encik Mohd Hamidi atau panggilan rocknya : Midie, baru berkecimpung di dlm dunia perniagaan minyak wangi ni. Habis satu bangunan LTAT disemburnya ngan perfume yg dijualnya. Kebanyakan pelanggan beliau adalah warga kakitangan LTAT buat masa ni.

Dan kini beliau ingin mencuba nasib a.k.a. test market melalui dunia cyber. Jadi, Bain cuba menolongnya untuk promotion melalui blog Bain. Kata Midie, "Strategi test market di alam maya adalah merupakan salah satu strategi yg paling strategik untuk menarik pelanggan walau di mana jua mereka berada..." ^_^

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah menghubungi beliau melalui:-

ltat@pspk.org.my atau
hubungi terus di talian : 03-21489777 ext220

Sekotak cuma RM25.00 sahaja. Setiap kotak mengandungi 3 jenis perfumes yang boleh bertahan sehingga 8 jam! Dijamin halal (tetapi tidak boleh dimakan...) ^_^'