January 28, 2010

42 comments

LTAT Sahut Cabaran Kempen Derma Darah

Kesinambungan dari 1Blood for 1Malaysia, usaha bagi menjayakan kempen derma darah di Pusat Darah Negara diteruskan. Pada 26 January 2010, seramai lebih 10 orang kakitangan dari office Bain, Lembaga Tabung Angkatan Tentera, telah menyahut cabaran murni ini bagi menyokong usaha Pusat Darah Negara dalam Kempen Derma Darah. Walaupun ada di antara rakan² Bain yang terpaksa menarik diri daripada menderma darah mereka di saat² akhir kerana sebab musabab yang tidak dapat dielakkan, ini tidak mematahkan semangat kami untuk terus menderma darah. Menderma darah adalah tanggungjawab kita bersama yang boleh menyelamatkan nyawa. :)

Alhamdulillah, cadangan Bain untuk menarik kakitangan LTAT telah berjaya walaupun jumlah bilangan penderma dari office Bain ni tidaklah seramai mana, namun sedikit sebanyak usaha ini mampu menarik beberapa orang kakitangan untuk tampil ke hadapan menderma darah di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur.

Usaha murni ini telah dijalankan melalui kelab sukan dan rekreasi LTAT (KESURETA), yang diketuai oleh En. Suhaimi Mat Arshad selaku Naib Presiden KESURETA. Rakan Bain, Azdy, juga banyak membantu bagi menjayakan aktiviti menderma darah untuk LTAT.

Terima kasih tidak terhingga kepada Encik Syed Rostam Syed Elias (Ketua Pegawai Penerangan) dan Puan Siti Sakinah Binti Hayat (
Penolong Pegawai Penerangan) dari Unit Perolehan dan Perhubungan Penderma, Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Kerjasama yang telah diberikan oleh mereka amatlah dihargai. Bain harap kerjasama di antara Bain dengan pihak Pusat Darah Negara akan dapat diteruskan demi kebaikan semua pihak di masa akan datang. Insyaallah...

Berdiri dari kiri : Siti Mazni Md Zain, Siti Sakinah Hayat (Penolong Pegawai Penerangan), Wan Amir Wan Abd Rahman, Syed Rostam Syed Elias (Ketua Pegawai Penerangan), Suhaimi Mat Arshad, Norleli Omar, Rosnani Samsudin, Zunafishailmy Mohd Napis, Hashida Halim, Mohd Ali Mohd Mustakim, Shahrul Nizam M. Sapuan dan Hassan Matnua.

Duduk dari kiri : Bain dan Mohd Azdy Mohd Ali



Kepada semua penderma budiman, anda adalah wira yang tidak dikenali namun jasa anda sentiasa diingati. Semoga sumbangan murni ini dapat menjadi contoh yang baik kepada kakitangan LTAT yang lain serta masyarakat di luar sana untuk kepentingan dan kebaikan organisasi di masa akan datang.

January 21, 2010

64 comments

Proper Baby Care ^_^

*Entri yg pelik-jarang² dan rasa²nya belum pernah lagi Bain buat. :)

Thanks a lot to brother Zu dari blognya : Zuwairi Aiman ^_^ Blog dia memang best dan sangat informative! ^_^

Bain dapat gambar² instructions utk Proper Baby Care ni dari blog brother Zu, dan terus share pada rakan bloggers sini semua! Yay! ^_^ (Maklumlah....tak lama lagi Bain dah nak jadi daddy...yay! ^_^).

Contohilah yg terbaik dari kesimpulan & pengajaran dari gambar² di bawah:-

Daddy cool! ^_^

*Perlakuan tak senonoh dari gambar di bawah adalah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dgn yg masih hidup atau yg sudah tiada. Huhuu...^_^'


*Nursing Baby - kepada bakal bapa atau bapa² di luar sana, jgn lakukan aksi ini di rumah!!!

January 19, 2010

30 comments

*SYZ'One'1Photography-HDR on D90

HDR on D90.

Dengan kebenaran telus dari Suzy (my office mate), HDR berjaya dilakukan pada gambar² pilihan Bain dari SYZ'One'1Photography! Yay! ^_^ Thank you very much Suzy!

Gambar² superb ni diambil oleh brother Syazwan (Suzy's hubby), dgn Nikon D90. Gambar² kat blog dia memang semuanya best beb! Lebih² lagi dgn DSLR Nikon D90! Korang wajib pergi jalan² kat blog brother ni : SYZ'One'1Photography.
*Ni Bain nak promote blog baru dia ni :)


Brother Syazwan baru menceburkan diri dlm dunia blogspot, maka insyaallah kita semua bloggers kat sini boleh tolong brother Syazwan dlm apa² perkara tentang dunia blogging ni.

Sharing is caring!

Have a nice day ya! ^_^


Location : Kelab Golf Tasik Impian, Mostyn, Kunak, Sabah.


Bila Bain tengok gambar² kat SYZ'One'1Photography, atau mana² blog yg ada pakai DSLR, bertambah semangatlaa Bain nak sambar satu DSLR!!! Hehee...sabo jelaa. ^_^'

January 14, 2010

29 comments

Kelab Tasik Putrajaya

Putrajaya has always been a hot spot for photography. Kelab Tasik Putrajaya menjadi pilihan untuk diHDRkan kali ni.

Enjoy!!!

Dynamic Photo HDR

Select :

-Eye-Catching
-Auto Update

To process a single image, select :

-Pseudo HDR (Bain selalu pilih setting ni sebab lebih pantas proses HDRnya berbanding dgn Full HDR process)

Dalam Pseudo HDR Tone Mapping :

-Dramatic Light Radius : 6 (boleh adjust suka² hati!) ^_^
-Dramatic Light Strength : 0.6 (pun boleh adjust suka² hati anda!) ^_^'
-3D Filter : Off (lebih mudah, tak perlu pening kapla pikir...;)
-Match Color : setting yg ni best giler, boleh pilih je yg mana kita suka dan sesuai ngan gambar.

-Gamma : 1 (boleh adjust² ikut citarasa masing²)

Pastikan check Add Clarity dan De-Haze.

*Bain jarang usik setting Curves, Color Equalizer dan Hue Shift, coz semuanya dah auto kan. So senang semuanya.

Maka inilah hasilnya...:



Penting!!!

-Cuaca pada masa gambar diambil mestilah cerah (cahaya matahari yg cukup terang) utk mendapatkan kesan langit dan awan yg lebih cantik giler! Giler pun x cantik mcm tu! Wakakaaa ^O^'

Enjoy! :)



January 13, 2010

22 comments

*Anny - Beautiful Printed Blank Cards.

11.07am

"Encik Syaiful, sila ambil bungkusan anda di Admin sekarang..."
Bungkusan apa plak ni...suspen je bunyinya. ^_^'
Terus saja ke tkt 12, dapat terus bungkusan tu, belek²....rupa²nya hadiah dari...

Anny's BooMooHoo
Yay!!!

Hadiah ni bersempena ngan contest 2009 Top Commenters yg dianjurkan oleh emilayusof.com tahun lepas. Dan bain menang dapat tempat pertama! Yay!!! ^_^

Bawah ni senarai peserta yg menang :

The Top 10 Commenters are:


Congrats to all!!!


Hadiah² yg Bain dapat:


  1. Hand-painted tote worth RM100 (original one-of-a-kind handmade)
  2. RM100 dari Denaihati
  3. Saudacare Medicated Oil from Denaihati
  4. RM70 voucher to shop at AdorableMuslimah
  5. RM50 voucher from 5577Studio
  6. A box of 10 printed blank cards from Anny’s BooMooHoo pics from Anny
  7. 125 x 125 free ad for 6 months at Top Artists’ Directory – PR 4 blog from Kim Barker
  8. 1 month FREE ad space (125×125px) at WOAFS PR4 blog from Marz


And so far, Bain dah dapat dari no. 6, 7 dan 8. Hadiah² yg lain belum dapat lagi. Banyakkan bersabar...;)


Terus bukak bungkusan warna coklat...

Kotak yg cantik dgn purple ribbon


Bukak je kotak tu, ada kad dari emilayusof!


Semua kad² dari Anny semuanya cantik² banget deh! :) Photos yg diambil dari Anny sendiri (dslr tu....^_^) Thank you very much Anny! ^_^


Semua photos kat bawah ni semuanya superb-sharp-cantik yg Anny snap! Gambar² tu ditampal pada kad, dijadikan kad yg cantik² banget. Bain pikir, camner nak bagi kad ni dan pada siapa nak bagi??? Sebab terlalu best sangat kad² ni semua, Bain nak simpan je, taknak bagi siapa² pun! Haha...Gambar² tu semua cantik, very nice+sharp shots! Thank you Anny! ^_^


January 11, 2010

41 comments

MOF - HDR Tetap Perlu Diteruskan!

Bangunan² dan alam semulajadi tetap menjadi mangsa HDR Bain lagi ! ^_^ HDR memang sudah sebati dlm jiwa Bain. Memang sudah tidak dapat dielakkan demam HDR yang sememangnya sudah sekian lama melekat kat sel neuron otak Bain ni. Huhuu...

Bain nak citer sikit asal usul Bain terjebak dlm HDR ni. (Nak baca, sila teruskan. Taknak baca, kene teruskan baca gak! Heheh....^_^')

HDR impact ni bermula dgn kegilaan Bain pada Dave Hill's effect lagi. Eksperimen pertama DH yang membawa kepada HDR bermula di sini : click sini -->Ikan hasil tangkapan memancing di kolam pancing, UPM, Serdang.

Teknik DH memang lebih detail prosesnya berbanding ngan HDR sebab DH menggunakan Photoshop, banyak steps nak kene follow utk mendapatkan hasil yg memuaskan. Bain belajar teknik DH ni dari "sini". Bloggers semua boleh belajar dari situ dgn mudah.

CUMA....

HDR pula agak senang & cepat mudah prosesnya, sebab Bain cuma gunakan software HDR yg dah tersedia ada, then prosesnya cuma klik klik klik, adjust sana sini skit, terus saja siap! HDR ni softwarenya bain dapat download free kat "sini". Kawan Bain-Aki yg provide link utk download free HDR ni. Thank you very much Aki! ^_^

Mangsa HDR seterusnya kali ni ialah Bangunan Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya. Enjoy!!!~ ^_^

January 05, 2010

33 comments

Terima Kasih Blog for FT

Di hari terakhir untuk entri Blog for FT, 5 Januari 2010, di sini Bain ingin menghadiahkan sajak yang tidak seberapa ini. Renung²kanlah.......


Terima Kasih Blog for FT

Blog for FT
Blog for Federal Territories
Blog untuk Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Blog for FT
Telah mengajarku
tentang hebatnya Kehidupan
tentang uniknya Kemasyarakatan
tentang agungnya Warisan.

Blog for FT
telah membuatku kenali
tentang ragam Komuniti
tentang kepelbagaian Destinasi
tentang bermacam Gaya Hidup hakiki.

Blog for FT
telah menyedarkanku megah bangga
tentang hebatnya Seni Bina
tentang emosi Peristiwa
tentang luasnya pengetahuan Alam Semesta.

Blog for FT
telah memimpin telunjukku dengan penuh penghayatan
tentang variasi Sejarah Kemanusiaan
tentang dinamiknya Kepimpinan
tentang enaknya Makanan.

Blog for FT
telah menghulurkanku keinsafan diri
tentang kehebatan Maha Esa melalui Alam Semulajadi
tentang keamanan Perayaan harmoni
tentang kekhusyukan Spiritualiti.

Blog for FT
telah mengenalkan padaku
dengan lebih daya intuisi
tentang Kuala Lumpur
tentang Putrajaya
walaupun Labuan
tidak berdaya dan tidak sempat
untuk ku kenali
namun
dapatku selami
melalui penglibatan kelibat
peserta yang lain.

Blog for FT
telah menyatukan kedamaian perbedaan
kaum dan bangsa
Melayu, Cina dan India
menjadi pembentukan asas masyarakat majmuk
perpaduan negara kita
Malaysia.

Blog for FT
telah mengilhamkan kita
untuk menjadi pemangkin negara
selaras dengan ajakan Perdana Menteri kita yang idealis
untuk menjayakan semangat
1Malaysia.

Terima Kasih Blog for FT!




January 04, 2010

26 comments

2010 : New Year's Experiment

Camera biasa je...:- Canon Digital IXUS 95 IS
Location :- Taman Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur.

Gambar ni Bain ambil hanya dgn menggunakan compact digital camera yg biasa² je...Selebihnya, Photoshop! Yay! ^_^

Enjoy ya! :)


*Disebabkan berlaku masalah teknikal, gambar² yg lain terpaksa dikeluarkan. Huhuu....^_^ Harap maaf.