Something to share...
"Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awalnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya." -wikipedia




22 comments:
Salam Maulidur rasul.. :)
Salam Maulidur Rasul juga :)
salam Maulidur Rasul ...
semoga kita mendapat keberkatan ...
tp skang ni nk terdetik buat kebaikan pn susah
Salam Maulidur Rasul Ena ^_^
u too saaba ^_^
ya e.indah, semoga kita semua mendapat keberkatan sepanjang hayat, amin...^_^
jadi kita cuba terdetikkan nak buat kebaikan dulu ya HEMY ^_^
salam maulus jgak bain..tak terlambat lg rasanya..
>>__<<
adess lambat daaa
salam maulidur rasul bro!!!
green, mmg sentiasa belum terlambat. sebaik²nya kita ingat maulidur rasul sepanjang masa sepanjang zaman :)
Frodo Baggins; tak terlambat pun, bila² pun boleh sampaikn salam maulidur rasul ^_^
salam
semoga terus dilimpahi baraqah Allah
^^,
suffyan; amin.....^_^
aku dah terlewat.. tapi aku ucapkan jugak lah.. salam maulidurrasul..
Selain dari upacara sambutan, dicadangkan agar pihak pengurusan dapat mengambil iktibar untuk mengatur ceramah-ceramah, latihan dan seminar tentang 'Pengurusan Islam'.
Topik-topik seperti, Amanah, Nilai dan Etika dengan contoh-contoh pemikir/pengamal/pengkaji pengurusan zaman lampau yang telah mempengarahi tamadun Barat seperti Ibn Khaldun,Al Khwarzimi, Al Rumi, Al Farabi atai Ibn Sina yang perlu diserapkan dan diamal kan secara beterusan olih semua pihak daripada pihak pengurusan tertinggi, pertengahan hingga kepada peringkat sokongan dan bawahan.
Buat masa ini amalan pengurusan lebih berbentuk separa-Melayu dan menyerabutkan sungguhpun secara kasar nampak hebat, terkawal dan membanggakan.
Mungkin cara ini akan menimbulkan kesedaran dan akan mendatangkan lebih banyak faedah.
Kpd HEMY,
Jenis kebaikan yg ente buat mungkin tak kena atau tersalah alamat.
Ana boleh membantu. Siang atau malam?
Tapi ana kurang basti samada ente ini lelaki atau berembuan.
Kpd HEMY,
Kalau menebang si pohon jati,
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalau hidup tidak berbudi,
Ibarat pokok tidak berbuah
Ramai orang Melayu keturunan Arab berpendapat: Orang Melayu ni, bila sapa-sapa baru nak buat baik dia pandang serong. Bila orang yang sama berubah dan pilih umtuk buat jahat, sah akan dikutuk dengan skrip tambahan 'orang macam ni yang konon nak tunjuk buat baik!', untuk mengukuhkan andaian serong pada permulaan cerita.
Sikap ini perlu dibuang dan diganti dengan amalan mudah untuk berbuat baik antara semua insan sebagai mencontohi amalan nabi kita sebab Nabi Mohd SAW dilantik untuk semua insan di muka bumi sedangkan Nabi-Nabi yang lain diturunkan khusus untuk kaum-kaum mereka sahaja.
Kalau ini dapat dilakukan barulah murtabat budi pekerti, nilai murni individu,bangsa dan negara mula meningkat dan boleh dipapar kan bila menyambut Merdeka!Secara otomatis 'Dilemma Melayu akan ber ubah menjadi 'Delima Melayu'.
Tumpuan orang sekarang ialah pada peningkatan mutu murtabak. Unta- unta pun senyum bila menilai sikap orang-orang Malayon ni!
Dalam Bahasa Arab:
Orang Amerika di panggil Amerikayon
Orang Russia dipanggil Russiyon dan orang Melayu dipanggil Malayon.
Kalau nak bubuh lepas nama anda bolehlah,contohnya:
Ali bin Sharif Al Malayon
Saya perbah terjumpa dalam kitab-kitab lama seperti berikut:
Sheikh Amin al Makki(asal Mekah)
Salim bin Kedono al Jawi(asal Jawa)
Zakaria Salleh al Palembangi(asal Palembang, Indonesia)
Haji Malek Amrullah al Minangkabaui (asal Minangkabau)
Karim Majid al Hindi (asal India)
Amalan Yang Paling Mudah ialah berselawat pada bila-bila masa sesuai!
Post a Comment