March 30, 2010

5S - Konsep Tony Buzan

5S terus menjadi topik hangat di LTAT. Maklumlah...dalam mengejar persijilan 5S, banyak nak kena buat. Dari 'Seiri' hingga ke 'Shitsuke', persediaan teliti perlu dititikberatkan supaya objektif 5S dapat dicapai dgn jayanya.

Tak ketinggalan juga, Encik Tony Buzan, berjaya mengetengahkan idea mind map utk 5S ni. Dari idea beliau, byk info boleh dimuatkan dlm satu muka surat, dgn kaedah nota melalui visual juga membantu seseorang memahami dan mengingat dengan lebih baik dan seterusnya menjayakan konsep 'Shitsuke' a.k.a Sentiasa Amal!

Jom kita tengok macam mana idea pakcik Tony Buzan mampu menjayakan konsep 5S di LTAT. Wooossshhh!!!~ ^_^

Credit to Strategosinc.com

*For bigger picture, click here.

20 comments:

Ena said...

Salam..

Owyh..camtu rupernyer.. tp skrg bukan ker dah ada 6s.. tp x tau pulak apa? hehehe.. bos kat sini la aritu ada ckp pasal 6s tu..

RAMBO said...

Kalau guna Konsep Tony Buzan anda akan bergerak ke arah kajian Psikologi bukan pengurusan.

Di mana psikologi bermaksud kajian tentang fikiran dan peranannya atau ciri-ciri fikiran.

Lebih tepat dan sesuai jika 'Ishikawa Diagram'/'Fishbone Diagram'/'Cause and Effect Diagram' digunakan.

Adakah LTAT hendak melatih ahli-ahli psikologi atau pekerja biasa?

Beri peluans kepada pengurus yang berwibawa, cekap dan berpengalaman menjawab soalan ini.

~~~ kay ~~~ said...

semoga berjaya mendpt sijil 5S
wish u all the best!
(^_^)

Yellow Bird said...

Nissan Motor Co Ltd, Japan menggunakan '3S' dalam pengeluaran kereta model Datsun 'Bluebird SSS'.

SHINTY said...

Kita sering diingatkan berkali-kali mengenai meniru budaya luar dari pandangan penegur, penulis atau pemikir dalam masyarakat.

Cuba kita tilik sedikit mengenai manusia Jepun ni!

Adat-resam, budaya dan perangai dipengaruhi oleh ugama asal nenek-moyang mereka yang dipanggil Shinto.

Dewa utama dari beberapa dewa yg disembah dipanggil KAMI. Dewa ini dipercayai sebagai kuasa asas pada gunung-ganang, batu, pokok dan benda di dalam alam ini. KAMI juga dipercayai sebagai kuasa yg mempengaruhi daya kreativiti, penyakit-pertumbuhan dan pengubatannya. Penganut Shinto tidak mempercayai kehidupan sesudah mati. Upacara utama mereka dipanggil MATSURI dan dihayati oleh lagu popular mainan komposer terkenal Kitaro.

Pada peringkat awal ugama Buddha dan fahaman Konfusius mempenga ruhi Shinto.Shinto dijadikan ugama rasmi dengan Maharaja dikaitkan sebagai berketurunan tuhan untuk meningkatkan semangat patriotisma.

Sesudah dibom dengan bom atom, kaitan Maharaja dengan ketuhanan dibubarkan dan Shinto diubah suai mengikut peredaran masa.

Banyak ugama baru yang timbul sesudah Perang Dunia ke2 yg menumpu kpd kerja-kerja amal berkumpulan dan kerjasama dalam masyarakat.

Harimau Malaya said...

Barulah nampak jelas,disebabkan tekanan untuk berubah, orang-orang Jepun mula sedar mengenai keperluan kerjasama erat di dalam mana-mana kumpulan/syarikat/organisasi.

Ahli-ahli masyarakat bersatu membuat kerja amal, peniaga bersatu dalam mengembangkan perniagaan dan pekerja bersatu bagi menrealisasikan kejayaan syarikat.

Patutlah ada tertulis pada jata(Coat of Arms) Malaysia: BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU

Selipar Jepun said...

Orang Melayu macam mana pula?

Asal-usulnya mengamalkan animisma, sama macam orang Jepun yang mempercayai kuasa-kuasa ghaib pada gunung-ganang, pokok-pakis, batu-batan, laut-sungai dan angin-tanahnya. Yang masih mengamalkan hal macam ini adalah orang-orang asli yang tinggal di hutan belantara.

Ada jugak pengaruh Hindu kemudian Islam, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun. Ini semua tercatit dlm sejarah.

Pengaruh Inggeris/Mat Saleh masih berterusan.

Pengaruh Jepun tak sangat diminati disebabkan hal lempang-melemoang orang kampung masa zaman Jepun masuk Malaya dulu.

Mak Long, Mak Teh dan Mak Ngah lagi tak suka bila sebut pasal askar Jepun masuk kampung! Trauma dibuatnya.

ciki said...

'Selipar Jepun' ni pak long ke?

TOK SELAR said...

Gamaknya lepas kena bom atom dua biji tu, orang-orang Jepun jadi tak keharuan.

Masing-masing jaga hal masing-masing. Macam prang Melayu cakap:"Aku, aku. Engkau, engkau"

Tengok luar bangunan habis roboh, terbakar. Air takde. Tandas hancur. Hospital dengan ambulan tah ke mana. Pokok pun takde lagi. Polis rusuhan pun takde. Pencuri pun habis mati terkena radiasi bom atom. Yang nampak tinggal Amy Search tengah melalak nyanyi lagu 'AKU!' dalam asap dan debu radioaktif.

Kesan trauma ini menyebabkan mereka suka bersendiri untuk melalui kesedihan yang sedang dialami dan mungkin menyanyi lagi 'Sendiri' versi Jepun rekording asal Dahlan Zainuddin.

Untuk keluar dari trauma ini mereka rebut peluang kerja-kerja amal berkumpulan, gotong-royong dsb, dalam koperasi, persatuan atau syarikat sehingga hari ini.

Inilah dorongan yang membuat mereka memupuk budaya kerja berkumpulan dan memilih untuk menggunakan 5S sehingga mencapai kejayaan yg dapat diukur.

Adakah LTAT mempunyai dorongan tertentu yang hampir sama bagi mengekalkan amalan 5S?

Selipar Jepun said...

Betullah tu Ciki. Takkan Pak Long nak biarkan askar-askar Jepun bawak lari Mak Long kau!

Demi 'cinta sejati', Pak Long sanggup panjat pokok kelapa tiap-tiap hari untuk petik kelapa muda bagi askar Jepun. Rasa macam monyet pun ada tapi bila kenangkan hal 'cinta monyet' tersenyum Pak Long sambil memanjat.

Rupa-rupanya askar Jepun tak tau panjat pokok kelapa!

Farah Yusri said...

Baaaaaru je haritu tolong mso lukiskan mindmap tony buzan ni untuk assignment serkolah dia! Hehe. Menarik, menarik.

BOZZO said...

Konsep-konsep Tony Buzan yang ditulisnya banyak berpusing-pusing.

Mengikut catatan, lahir di London dan bertapak di Enfield, Middlesex, UK. Enfield terkenal dengan pengeluaran motosikal jenama sama dan raifel jenis Enfield. Bersekolah di sebuah sekolah Jepun tentunya tidak di UK.

Nama Buzan bukan asal Inggeris dan Tony adalah singkatan Anthony.

Orang Inggeris menganggap dia sebagai 'looney' disebabkan konsep-konsep yang diketengah kannya.

Senapang Lama said...

Kalau takde caruman askar boleh pakai ke Teori 5S atau ISO semua tu?
Sebenarnya apa pihak pengurusan nak buktikan?

Tukang Kibas said...

Guna macam-macam konsep. Ini satu usaha yang baik. Sungguh hebat!

PPHM, anak syarikat milik-penuh LTAT, sampai sekarang tak siap-siap laman webnya.

Pengurus Besar tidur ke? Atau sibuk tugas 'ayam tambatan' atau tidak kompeten?

Minangkabau said...

Teori 5S boleh digunakan sebagai panduan dalam pengurusan.

Seorang Pengurus harus menjalankan tugasnya dan menjaga kesinambungan antara manusia, negara, kemanusiaan dan lingkungannya.

Barulah pengiktirafan bermakna!

BOS GAURUS said...

It's truth to the core!

If you make decisions based on idiotic assumptions, the relative certifications are useless except for boosting the organisation's pride.

Only proud fools 'blow their own trumpets!'

Phillip said...

but d trumpet does not know how to blow!

Ulu Jempol said...

Kalau bak buat keputusan terpaksa dengar cakap-cakap anak buah, takdo pegangan idup lah tu!

Baik berenti jadi penghulu.

Apak Paroi said...

Ramai di antara kami yang mengamalkan Konsep 5S Tony Buzan selama beberapa tahun mengalami kesan rambut gugur sehingga botak!

Tok Nek Siam said...

Konsep 5S ni memang baguih tapi bila digunakan dalam klompok kakitangan Melayu janganlah gunakan untuk rosakkan kawan sekerja. Sebab hasad dengki semula-jadi orang Melayu ni boleh lenyapkan tak kira teori apa pun!