Showing newest 3 of 18 posts from December 2009. Show older posts
Showing newest 3 of 18 posts from December 2009. Show older posts

December 31, 2009

15 comments

*Shah - 1Blood for 1Malaysia

Baru saja 1 hari Bain buat post pasal 1Blood for 1Malaysia, dah ada blogger lain tolong Bain promote usaha kempen derma darah ni. Alhamdulillah.....

Beliau adalah saudara Shah. Thank you so much Shah for helping me and Pusat Darah Negara. Sedar tak sedar usaha ni boleh menyelamatkan nyawa orang lain. Yay! ^_^

Ni dari blog Shah :-

Aku berjalan-jalan kat blog-blog member.

Ternampak Abang Bain punyer update.


So, aku pun bukak..

Dia promote pasal derma darah..

So, aku pon rasa nak sebarkan perkara nih...

Dalam blog Abang Bain, katanya darah O tengah kurang sekarang ni.

Kebetulan darah aku jenis O.

Tapi aku dah banyak kali derma darah.

Jadi taklah rasa bersalah.

Hehehehe...
MySpace

Gambar ni aku cilok kat blog Abang Bain tanpa kebenaran. Sorry abang...

So, kawan-kawan, lawatilah blog Abang Bain, www.baincardin.com untuk maklumat yang lebih lanjut..

(p/s: Abang Bain ni expert dalam photography dan HDR. Sangat pemurah pasal ilmu photography. Aku ske lepak blog dier coz dier rajin share ilmu.)


December 30, 2009

32 comments

1Blood for 1Malaysia

(*Entri kali ini Bain cuba buat dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita Malaysia)

Pada hari Jumaat, 25 Disember 2009, pukul 8.00 malam, sambil menonton Buletin Utama TV3, Bain dikejutkan dengan salah satu tajuk utama berita pada malam tersebut, "Bekalan darah di Pusat Darah Negara sekarang berada di paras KRITIKAL!".

Dan yang lebih menggemparkan Bain lagi, darah jenis O adalah merupakan kategori kumpulan darah yang paling rendah peratusan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara. Kebetulan pula, darah Bain adalah jenis kumpulan tersebut iaitu O. Pusat Darah Negara sekarang berada di dalam keadaan terdesak, amat memerlukan penderma darah untuk menderma darah tidak kira samada darah jenis A, B, AB, atau O. Stok bekalan darah tersebut akan digunakan bagi menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang kini amat memerlukan darah untuk rawatan yang sedang mereka lalui.

Jadi, Bain telah mengambil keputusan untuk membantu Pusat Darah Negara dalam membuat promosi dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mengajak dan menyeru semua masyarakat di negara kita Malaysia bagi menderma darah secara sukarela. Salah satu cara yang Bain gunakan ialah dengan menggunakan laman blog Bain sendiri; www.baincardin.com Melalui cara ini, Bain amatlah berharap agar para bloggers dan followers Bain di sini dan di luar sana dapat menyumbangkan jasa yang tidak terkira nilainya melalui aktiviti pendermaan darah. Dermalah darah kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang mulia yang sememangnya boleh menyelamatkan nyawa orang lain. ;)

1Blood for 1Malaysia

Pada hari Isnin, 28 Disember 2009, semasa di Pusat Darah Negara, Bain dan rakan sepejabat, Mus, sempat bertemu dengan salah seorang kakitangan di sana, Puan Hanisah Mohd Isa. Beliau merupakan seorang Penolong Pegawai Penerangan Unit Perolehan Dan Perhubungan Penderma. Bain menerangkan kepada beliau tujuan kedatangan Bain di Pusat Darah Negara, bagi membuat liputan untuk membantu mempromosi usaha bagi menderma darah melalui laman blog Bain. Beliau terus saja bersetuju dan amat memerlukan dan menggalakkan pada setiap individu di negara kita ini untuk mempromosi usaha mereka dan dalam masa yang sama dapat membantu memberi kesedaran rakyat Malaysia dalam usaha menderma darah secara sukarela, di mana usaha ini amatlah penting yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain secara langsung atau tidak langsung. Kata beliau lagi darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain.

Pada pendapat beliau, setiap individu yang menderma darah, tidak kira warna kulit, bangsa atau agama, semuanya adalah sama tujuannya iaitu menderma bagi menyelamatkan nyawa insan yang kurang bernasib baik. Tambahan beliau lagi, negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana memiliki rakyat yang pelbagai bangsa iaitu masyarakat majmuk.

Bain merasakan amat bertuah dan berterima kasih kepada beliau kerana diberi layanan oleh beliau dengan baik sekali. Dengan maklumat yang diperolehi daripada beliau, walaupun maklumat tersebut terhad, Bain tetap akan cuba membantu Pusat Darah Negara dalam usaha mendapatkan lebih ramai penderma darah untuk tampil menderma darah secara sukarela.

Selari dengan usaha Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, pada pendapat Bain, apa yang dimaksudkan dengan tajuk entri kali ini; "1Blood for 1Malaysia" adalah kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum berperanan penting dalam menjayakan usaha untuk menderma darah secara sukarela di mana darah yang didermakan itu boleh menyelamatkan satu nyawa mahupun lebih, tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Dengan usaha murni ini, ia boleh menjadi pemangkin dalam menjayakan ilham Perdana Menteri kita iaitu 1Malaysia pada masa ini dan juga pada masa depan.




Pusat Darah Negara terletak berhampiran dengan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. (klik sini untuk peta bagi Pusat Darah Negara). Pusat Darah Negara ini juga sebenarnya bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan untuk ke lokasi amatlah mudah kerana tempat ini juga terletak berhampiran dengan Istana Budaya Kuala Lumpur dan juga Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Puan Hanisah Mohd Isa selaku Penolong Pegawai Penerangan di Unit Perolehan Dan Perhubungan Penderma, bagi syarikat swasta yang ingin menghantar beberapa kakitangannya untuk menderma, syarikat swasta terbabit bolehlah menghubungi beliau, di mana Pusat Darah Negara akan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk mengambil para penderma darah dari syarikat swasta tersebut yang melebihi 10 orang. Kemudahan pengangkutan yang disediakan akan mengambil para penderma dan menghantar pulang ke pejabat mereka semula setelah selesai menderma darah.

Pusat Darah Negara dibuka untuk menderma darah mengikut waktu seperti berikut:-


Isnin hingga Rabu : 7.30 pagi hingga 5.30 petang

Khamis dan Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam

Sabtu : 7.30 pagi hingga 4.00 petang



Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi:-

Pusat Darah Negara,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

atau telefon : 03-2693 3888 dan Email : pro@pdn.moh.gov.my
Laman web Pusat Darah Negara : http://www.pdn.gov.my


Usaha bagi mendapatkan lebih banyak penderma darah ini telah memberikan kesedaran yang mendalam dan bermakna kepada Bain. Bain telah mengambil keputusan untuk menderma darah Bain sendiri! Yay! ^_^ Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, ini merupakan kali pertama Bain menderma darah! ^_^' Bain merasakan dengan menderma darah walaupun setitik, ia mampu menyelamatkan nyawa insan yang lain tidak kira bangsa mahupun agama.

Selain itu juga, Bain telah membuat cadangan kepada pihak pengurusan tempat Bain bekerja iaitu di Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dan alhamdulillah, cadangan Bain ini akan dipertimbangkan dan mendapat persetujuan pihak pengurusan untuk menghantar beberapa kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang secara sukarela untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan program menderma darah di Pusat Darah Negara ini. Lembaga Tabung Angkatan Tentera dijangka akan menghantar kakitangannya seberapa ramai yang mungkin pada bulan Januari 2010.

Maka langkah Bain untuk menderma darah buat pertama kalinya bermula. Pada hari berikutnya, Selasa 29 Disember 2009, Bain dengan ditemani rakan pejabat, Azdy, dengan langkah berdebar-debar, menuju ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Bain telah berjaya mengajak Azdy untuk menderma darah sekali. Yay! :)

Untuk pengetahuan rakan bloggers semua, Azdy juga seperti Bain; menjadi penderma darah buat kali pertama dalam sejarah hidup kami! Dan yang paling best sekali, 29 Disember adalah tarikh hari lahir rakan Bain ni, Azdy. Cuba bayangkan, pada tarikh hari lahir dia, beliau membuat sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya sebagai hadiah harijadinya. Tersentuh hati Bain bila dia cakap macam tu. Huhuu...:)

Setibanya di pintu lobi, Bain dan Azdy dikehendaki membuat pendaftaran bagi penderma baru di kaunter pendaftaran. Kami dikehendaki memberikan butir-butir peribadi yang lengkap dengan mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan.


Semasa di kaunter pendaftaran, layanan yang telah diberikan oleh kakitangan Pusat Darah Negara amatlah baik dan mesra pelanggan. Senyuman sentiasa diberikan dengan ikhlas dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik oleh setiap kakitangan di sana. Bain dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang memerlukan maklumat melalui soal selidik tentang latarbelakang dan masalah perubatan. Sebelum mengisi borang tersebut, kakitangan Tabung Darah akan memberi penerangan tertentu kepada setiap para penderma.

Rasa debaran Bain terus berkurangan dengan layanan senyuman yang diberikan oleh mereka. :)

Setelah lengkap mengisi maklumat di dalam borang pendaftaran tersebut, darah Bain diambil sedikit dalam dua titis untuk dianalisis bagi mengetahui jenis kumpulan darah. Jari tengah bain dicucuk dengan jarum. (Proses tusukan jarum ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Jadi Bain tidak merasakan sakit langsung ketika proses ini dilakukan.)

Dalam masa tidak kurang dari 2 minit, keputusan bagi menentukan kategori darah berjaya diperolehi! Memang sah, darah bain tergolong di dalam kumpulan O. Yay! :) Darah jenis O adalah merupakan kategori Penderma Universal. Ini bermakna, darah Bain boleh diterima oleh semua manusia yang memiliki darah jenis A, B, AB atau O.

Proses menentukan kategori kumpulan darah berjalan dengan lancar.


Setelah selesai melalui proses menentukan kumpulan darah, Bain dan Azdy dikehendaki menunggu untuk dipanggil oleh doktor bagi menjalankan proses mengikut prosedur yang seterusnya. Tempoh menunggu pada masa itu amatlah singkat, dalam 5 minit sahaja. Ia bergantung kepada jumlah penderma yang hadir untuk menderma darah pada masa itu. Di ruangan tempat menunggu ada disediakan bahan bacaan seperti suratkhabar dan majalah-majalah kesihatan. Di situ juga ada disediakan televisyen untuk ditonton oleh para penderma darah sambil menunggu giliran untuk menjalani proses menderma darah seterusnya.

Pelbagai bangsa yang berbilang kaum menunggu giliran masing-masing untuk menderma.


Giliran Bain untuk berjumpa dengan doktor sudah tiba. Bain dibawa ke satu bilik kecil yang dilengkapi sebuah meja bersama komputer. Doktor yang ditugaskan membuat pemeriksaan bagi setiap penderma dengan layanan mesra pelanggan yang sempurna. Di sini, doktor akan menanyakan beberapa soalan bagi memastikan penderma darah tersebut layak menjalani proses menderma darah. Antara kriteria umum penderma darah yang baik ialah; penderma mestilah berumur antara 18 hingga 60 tahun, berat badan melebihi 45kg, sihat fizikal dan mental, tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia). Di dalam bilik ini juga doktor akan memeriksa tekanan darah penderma bagi menentukan samada para penderma sesuai atau tidak untuk menderma darah pada hari tersebut.

Sesi temubual dan pemeriksaan dijalankan oleh doktor yang bertauliah.


Akhirnya, Bain dan Azdy telah lulus dan berjaya melalui proses pemeriksaan bersama doktor tadi. Kami dibawa ke bilik seterusnya iaitu bilik menderma darah. Di sinilah bermulanya proses pengambilan darah. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang dari 1 pain darah (586ml). Namun jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan masing-masing.

Sebelum menderma darah, Bain dan Azdy dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut.


Tanda 'bagus' menandakan kami ceria menderma darah secara sukarela. :)


Tanpa kita sedari, darah yang didermakan amatlah bermakna bagi mereka yang memerlukan. Pada hari tersebut, Bain menyedari bahawa ramai yang datang menderma darah. Tidak kira samada berlainan jantina, pangkat, umur, bangsa dan agama, mereka tetap sudi menghulurkan bantuan dengan menderma darah demi menyokong usaha Pusat Darah Negara ini. Puan Hanisah Mohd Isa ada mengatakan kepada Bain bahawa, sejak berita mengenai kekurangan simpanan bekalan darah di Pusat Darah Negara pada 25 Disember 2009 di media diumumkan, ramai yang hadir ke sini untuk menderma darah. Lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Beliau berharap agar rakyat Malaysia dapat menghulurkan bantuan dengan tampil ke hadapan untuk menderma darah, bukan sahaja ketika berita kekurangan bekalan darah disiarkan di media, malah pada bila-bila masa sahaja, usaha menderma darah amatlah diperlukan.

Azdy kelihatan begitu ceria bersama para penderma darah yang lain.

Menderma darah adalah satu usaha yang mulia. Darah didermakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita Malaysia. Darah yang didermakan itu juga akan digunakan untuk mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.

Pada hari Bain dan Azdy menderma darah, semakin lama berada di Pusat Darah Negara, semakin ramai penderma darah yang turut hadir untuk menjayakan usaha murni ini.

Layanan yang diberikan oleh setiap kakitangan Pusat Darah Negara adalah sangat baik dan memuaskan. Senyuman sentiasa diberikan. Sikap sebegini haruslah dicontohi oleh semua badan atau organisasi kerajaan dan swasta dalam memberikan layanan dan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.

"Bagus!" Itulah kata salah seorang penderma darah ini.


Melihat kepada semua reaksi penderma darah pada hari itu, Bain tidak lagi rasa takut dan berdebar-debar untuk menderma darah. Malah, Bain rasakan bahawa Bain akan terus menderma darah lagi pada masa akan datang selagi hayat masih ada. Puan Hanisah Mohd Isa mengatakan bahawa, Bain boleh datang menderma darah lagi selepas 3 bulan dari tarikh hari Bain menderma darah. Ini bermakna, mengikut perkiraan Bain, kita boleh menderma darah sebanyak 4 kali dalam setahun. Yay! ^_^

*Bain dah catat dalam diari dan kalendar 2010; tarikh utk Bain menderma darah:-

31 Mac 2010
30 Jun 2010
30 September 2010, dan
31 Disember 2010


Jom ikut Bain untuk menderma darah!!! yay!!!~ ^_^

Proses pengambilan darah Bain dan Azdy cuma mengambil masa antara 7 hingga 10 minit sahaja. Selesai! Darah yang telah cukup untuk 1 pain akan dipekkan dan dilabelkan dengan lengkap mengikut kumpulan darah masing-masing. Termasuklah darah Bain sekali! Darah-darah ini akan diproses dan melalui ujian saringan untuk disimpan mengikut jenis dan kumpulan masing-masing. Mengikut maklumat yang diberikan oleh Puan Hanisah, sel darah merah disimpan pada suhu antara 2 darjah celcius dan 6 darjah celcius dan boleh bertahan selama 35 hari.

Darah yang telah dilabelkan ini akan diproses dan melalui ujian saringan untuk disimpan mengikut jenis dan kumpulan masing-masing.


Setelah melalui proses pengambilan darah, Bain dan Azdy dikehendaki berehat selama 5 hingga 10 minit. Kami dibawa menuju ke kafeteria untuk penderma darah. Di sini Bain dihidangkan dengan pelbagai kemudahan dan makanan serta minuman yang disediakan khas untuk para penderma.

Semuanya adalah percuma!

Kami juga dinasihat supaya minum banyak air selepas menderma untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang dalam masa 12 jam dan mengambil makanan seperti biasa.

Bain dan Azdy mendaftarkan diri di kafe ini dengan hanya menuliskan nama dan tandatangan, untuk menerima hidangan yang disediakan beserta hadiah saguhati secara percuma! Hadiah saguhati sebagai souvenir adalah merupakan gelas mug sumbangan ikhlas dari Pusat Darah Negara. Bain tidak kisah samada dapat hadiah percuma atau tidak kerana yang paling penting ialah Bain dapat menderma darah dengan selamat, di mana usaha ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang di kemudian hari. Nyawa seorang manusia adalah lebih bernilai malah nilainya tidak dapat diukur oleh kita. Hanya tuhan saja yang tahu nilainya. :)

Bain dan Azdy dihidangkan dengan bihun goreng, biskut coklat, buah pisang, roti sandwich, roti kaya dan minuman seperti air milo, nescafe dan air kotak lychee. Banyak juga kami makan waktu tu. :)

Salah seorang kakitangan yang ditugaskan di kafeteria untuk pengagihan makanan kepada penderma. Senyuman ikhlas dan mesra sentiasa dihulurkan.

Suasana di kafeteria sewaktu Bain dan Azdy sedang menikmati hidangan dan berehat.


Gambar di bawah ini, Bain sempat berbual mesra bersama dengan salah seorang penderma darah tegar. Pakcik yang berpengalaman ini memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Liew. Dari pandangan matanya sahaja dia sudah tahu yang Bain dan Azdy merupakan penderma darah buat kali pertama.

Bain sempat berbual-bual dengannya dan menanyakan pengalaman beliau sebagai seorang penderma darah yang setia. Untuk pengetahuan bloggers semua, beliau telah pun menderma darah sebanyak lebih 100 kali di Pusat Darah Negara ini! Bain pada mulanya terkejut dengan kenyataan beliau itu tetapi Uncle Liew memberitahu pada Bain, ada juga penderma darah yang pernah beliau jumpa, telah menderma sebanyak 200 hingga 300 kali! Lebih banyak daripada Uncle Liew sendiri.

Uncle Liew yang berumur hampir 50 tahun ini telah memberikan semangat dan nasihat yang amat berguna kepada Bain dan Azdy pada hari itu. Beliau mengatakan bahawa, dengan menderma darah, badannya menjadi lebih segar dan sihat. Nasihat Uncle Liew lagi, menderma darah haruslah dijadikan amalan seumur hidup kerana dengan menderma darah juga boleh menghilangkan stress atau tekanan dalam diri kita. Dengan itu kita mampu hidup dengan lebih sihat, ceria dan kuat!

Terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada Uncle Liew. Nasihat dan petua yang diberikan olehnya amatlah berguna dan akan Bain ingat sampai bila-bila. :)

Uncle Liew; seorang penderma darah tegar yang sentiasa kelihatan ceria dan peramah orangnya.


Penderma darah akan menerima saguhati sumbangan Pusat Darah Negara. Setiap penderma darah juga akan diberikan sijil, merupakan sebuah buku kecil berwarna merah seperti gambar di bawah. Buku ini mengandungi butir-butir lengkap penderma darah dan juga rekod bagi setiap aktiviti menderma darah. Buku ini haruslah disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa depan.


Setelah Bain melalui pengalaman menderma darah ini, banyak yang telah dipelajari. Bain merasakan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap insan termasuklah diri sendiri untuk tampil kehadapan menderma darah dalam usaha membantu insan yang lain, yang kurang bernasib baik. Secara langsung atau tidak, dengan menderma darah kita dapat menyelamatkan nyawa manusia yang lain tanpa mengira bangsa dan agama, terutamanya di negara kita sendiri iaitu Malaysia.

Di sini Bain menyeru agar semua para bloggers dan pembaca dapat menghulurkan bantuan iaitu melalui pendermaan darah. Bekalan simpanan darah di Pusat Darah Negara sememangnya sekarang berada di paras sangat kritikal. Siapa lagi yang mampu mengatasi masalah ini kalau bukan kita sebagai manusia biasa di muka bumi ini, secara sukarela tampil ke hadapan menghulurkan bantuan dengan menderma darah?

Cuba kita bayangkan, jika seorang individu yang amat memerlukan darah kita ini adalah merupakan salah seorang ahli keluarga kita yang terdekat atau rakan karib kita yang kita sayangi. Sebagai manusia yang normal, tidakkah kita merasakan kasihan serta bersimpati dengan masalah yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik ini, dan seterusnya datang menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang yang kita sayangi?

Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Sumbangan darah yang tidak ternilai ini adalah satu usaha yang mulia dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Semoga usaha dan sumbangan kita semua mampu melahirkan kehidupan yang aman dan tenteram bersama-sama rakyat yang berbilang kaum di negara kita Malaysia yang dicintai.

Dengan 1Blood for 1Malaysia, Bain berharap agar usaha ini mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan usaha Pusat Darah Negara khususnya, dan seterusnya dapat menjayakan misi 1Malaysia dengan cemerlang gemilang dan terbilang!



December 22, 2009

12 comments

One District One Industry

The Craft Sale for One District One Industry programme was held from 17 - 21 December 2009 at the Craft Cultural Complex Kuala Lumpur.Villages or areas that have been given the opportunity to participate in the programme came from the various district in Malaysia. They are ; Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah and Sarawak.

One District One Industry = 1Malaysia

One District One Industry also known as Satu Daerah Satu Industry
(SDSI) in Malay, was first introduced as Satu Kampung Satu Produk (One Village One Product). In 2002, the programme was expanded to become Satu Kampung Satu Industri (One Village One Industry) but one year later it was changed to Satu Daerah Satu Industry (One District One Industry) which encompasses a larger scope.

On the 8th of December 2004, the Cabinet had decided that the Implementation and Coordination Unit, Prime Minister's Department (ICU-JPM), shall act as the Secretariat and Coordinator for SDSI programme at all levels in order to strengthen the implementation machinery of SDSI. Deputy Prime Minister will from time to time chair all meetings with ministries and agencies involved in determining the policy and direction of the programme at the national level.


The objectives of the programme are to develop village/area into becoming craft production centres which produce products with local identity and carried out on a commercial basis by the local community, and to create employment opportunities for the local community by their participation in economic activities producing craft product to generate a steady income.

SDSI programme is aimed at developing the production of craft products with local identity on a commercial scale for a long term business. SDSI development programme is based on three important principles which is the development of high quality craft products which contain local identity/wisdom produced for the global market. They are; the development of independent, creative as well as innovative culture, and the development of human resource in the field of entrepreneurship and skill.
Areas hereditarily engaged in the production of craft production of craft products are the target groups and they have to be developed as centres for craft production. Any village/area to be given the opportunity to participate in the programme must have the following criteria:

-Active in Craft Production : village/mukim/districts identified as activity centres for any crafts of heritage and must have many entrepreneurs actively engaged in similar types of crafts;

-Supply of Raw Materials : village/mukim/districts must be prepared to participate in development programmes jointly planned to develop the community;

-Infrastructure Facilities : creating infrastructural facilities which can be developed further to support the areas in becoming tourist destinations and to create Common Facility Centres specifically for the local craft community in sharing basic technical facilities, showcasing of products and acting as information centres for project administration and management. Apart from that entrepreneurs, as individuals must be prepared to further develop production facilities for the entrepreneurs to create a safe and conducive working environment.


The programme aims to enhance the marketing of local handicraft and popular delicacies from each state in Malaysia. It will continue to enhance various strategies in increasing the competitive advantage of local crafts in international markets.


Customers including foreign tourists are looking for contemporary designed batik, kebayas and sarongs with matching accessories.

The expo which attracted many foreign tourists, also featured handicraft from several other countries. Some entrepreneurs from Indonesia, for example, promoted the technique of "batik-djanting" on the surface of wooden products such as trays, pots, picture frames, bowls and decorative or ceremonial masks.


SDSI with the cooperation of Kraftangan Malaysia, this effort emphasizing on producing local crafts with Malaysian identity. Apart from it, it also ensures that the products are of high quality, originality and uniqueness.

The craft industry caters mainly to the domestic market, it is also beefs up its promotional efforts in order to encourage more individuals and those from the corporate sector to buy and use local crafts.

Shopping is a wow! A must do thing while you are in
Craft Cultural Complex Kuala Lumpur.



Local silver fashioned into beautiful jewelery and intricate adornments such as brooches, bracelets, pendants, necklaces and earrings. You can also get silver tableware including beautifully crafted tea-sets, tray and bowls.

Various activities were organised in conjunction with the celebrations. It consisted of Craft Entrepreneur Bazaar, New Product Exhibition, Craft Technology and Innovation Exhibition and Foreign Craft Agencies Exhibition, among others, showcased a rich variety of handcrafted products ranging from decorative items made from shells to traditional fabrics. Among the products on display were rattan lampshades of various designs, rattan baskets, metal and ceramic pots, decorative glass pieces, beaded trinkets, brooches, songket pumps and matching purses, sarongs in intricate songket and batik designs as well as furniture made of wood and rattan.


There were also interactive and live demonstration such as the making of various woven fabric, ceramic surface decorations and marbling techniques. Several skilled craftmen demonstrated how they weaved mats from "mengkuang" leaves or dyed coconut husks, while a group of Orang Asli displayed their excellent skills in wood-carving. Other activities organised during the event include cultural performances and traditional games as well as a convention on National Craft Innovation.
These aunties used to weave mats and baskets of all sorts out of 'mengkuang' leaves.


Hand weaving into a various types of baskets, it's a wonderful and colourful hand made.


Pottery and ceramic, crafted pieces that come mainly from the states of Sarawak and Perak. Sarawak pottery is easily distinguished by their unmistakable ethnic markings and come in a range of vases from big to small. Those from the village of Sayong in Perak, usually black in colour, were originally used as water containers. A drink of water from the "labu", or jar in Malay, is cool and refreshing.


Batik, a versatile fabric featuring hand-painted or block motifs available in traditional and contemporary designs. You can choose from the beautiful range of sarongs, shirts, dresses and scarves as well as cushion covers, tablecloth, napkins and place mats.
Besides printing batik motifs on cloth, the craftmen apply the batik-djanting techique on wooden souvenirs, interior accessories and furniture. Here, a tool called "djanting" is used as a pen, delivering hot liquid wax on the wooden surface. A unique pattern will stay permanently on the surface after the wooden piece is dipped into the dye during the colouring process.

So many types of people went for shopping here. From locals; Malay, Chinese, and Indians to foreign tourists, they were looking for so many things here as a gift of leisure. We live in a peaceful multiracial country of Malaysia, so this is the uniqueness of having a multicultural from a various races.

As I walked through the event, there were a lot of foreign tourists do some shopping heavenly.


One of the craft product working committee in the implementation of One District One Industry (SDSI) programme doing the survey as the promotion and marketing strategy of the event.

Kids were enjoying the event with their family. Every school holiday is a fun and exciting for them to join the One District One Industry event. It is good for parents to take this chance to expose their kids to learn the magnificence of multicultural nature in our country. They will learn and understand the different emotions and attitudes evoked by diversity. Ultimately, this will serve them the purpose for many who decide to learn about the fundamentals of cultural diversity.


The SDSI programme is not complete without a cultural performances. Rich in diversity, culture has intrinsic value for development as well as social cohesion and peace. Below, arts and culture are part of the city's scene! The group were performing a traditional performance called "dikir barat"-that involves singing in groups in a unique traditional manner. Our government today actively promotes it as an important part of the Malaysian national culture.

The performance were attended by large and enthusiastic crowds. Locals and foreign tourists enjoyed watching the traditional performance here and obviously this moment could be one of the unforgettable experiences for them to bring back home.

I believe that this SDSI programme would be one of the premier family and parenting destination with kids' craft, holiday fun and activities. You won't get this peaceful and harmonious events in a multiracial country like Malaysia in other region around the world!

A big clap for them!



As we know, 1Malaysia has emphasized a peaceful living in a cultural diversity in Malaysia. It is thus an asset that is indispensable for poverty reduction and the achievement of sustainable development. At the same time, acceptance and recognition of cultural diversity are conducive to dialogue among civilizations and cultures, respect and mutual understanding. Besides, 1Malaysia is the logical extension of the philosophy based on mutual trust and respect between all communities. It was the right formula not only for national harmony but also for enhancing regional and global peace. Truly, for Malaysians, inter-cultural dialogue is an everyday fact of life. In other words, 1Malaysia is a concept to foster unity in Malaysia of all races based on several important values which should become the practice of every Malaysian. In fact, 1Malaysia values and respect ethnic identities of every community in Malaysia and regards them as assets to be proud of.



These are the lists of entrepreneurs engaged in the production of craft products during the event:-

Textile : Batik/Sulaman/Tekatan/Tenunan/Songket/Manik

Perlis
  • Batik Inderawasih
  • Sensasi Batik Asfa
Kedah
  • Melati Tanjung Enterprise
  • Batik Nusantara
  • Nia Citra Enterprise
Pulau Pinang
  • Tinta Kraf Enterprise
  • Uniq Craft Works
  • Rose Batik Enterprise
  • Pucuk Rebung Collection
Perak
  • Azydar Enterprise
Selangor
  • D'Har Sdn Bhd
  • Khadani Sdn Bhd
  • Barakaff Batik
Melaka
  • Ras Batik
  • Batik Selat
  • Afifah Textile
  • Sparkle Beads Enterprise
Johor
  • Koleksi IMM
Pahang
  • Perniagaan Sutera Pulau Keladi
  • Wan Hasnah Enterprise
Terengganu
  • Seem Noor Batik Sdn Bhd
  • Zaaba Batik Craft
  • Wan Batik Collection
  • Desa Murni Batik
  • Hafsah Songket & Collection
  • Norizai Songket
  • Habibah Enterprise Sdn Bhd
  • Nor Atikah Songket
  • Fadhizan Songket & Stor
  • Imbasan Damai Sdn Bhd
  • Hafsin Songket
Kelantan
  • Pesona Batik
  • Maskamal Batik
  • Ayu Fashion
  • Saiful Masdi Batik
  • Nies Batik
  • Dean Batik
  • Galeri Semasa
  • Kamaliah Batik Sdn Bhd
  • AZ Batik
  • Syarikat Batik Mas
  • RNZ Tradikraf Marketing
  • Yuzai Art & Craft
  • Nie Batik
  • Syaifa Batik Collection
  • Aneka Batik
  • RSB Collection
  • IBM Fashion
  • Koleksi Batik RS
  • CT Batik
  • Alwi Bin Abdullah @ Abdillah
  • Hazel
  • Sham Batik
  • FB Collections
  • Lizza Creations
  • Yee Batik
  • Gaya Warisan
  • Seni Kerjaya Enterprise
  • NB Batik & Craft
  • Az Mawar
  • Aiman Batek
  • Sapiah Collection
  • Mieda Batik
  • Hitam Putih Batik
  • Erna Batik
  • NA & R Jaya Enterprise
  • Huda Batik
  • Citra Fajar
  • Mey '90
  • Ilham Azla Resources
  • Halimah Batik
  • Uni Collections
  • Azrul Batik
  • Pantas Batek Enterprise
Sarawak
  • Kumpulan Tenun Songket Rajang
Sabah
  • Tenunan Warisan
  • Hjh Pandian Binti Sulaiman
  • Lonie Craft

Hasil Rimba : Buluh/Rotan/Mengkuang/Kayu/Ribu-Ribu/Salingkawang/Bemban

Kedah
  • Lawer De Craft
  • Bengkel Wau Baling
Perak
  • KIK Kampung Kurnia
Selangor
  • A. Samri A/I Abdul Rahman
Negeri Sembilan
  • Juriah Craft
  • Sahabat Bamboo Enterprise
  • Perusahaan Perabot Rotan Jaya
  • HM Kraf
  • Zafialno Enterprise
  • Bintara Kraf
  • Malina Enterprise
Melaka
  • Sabenar Sinar Enterprise
Johor
  • Perusahaan Zalikraf
  • Pamir Kraf
  • Gemilang Kraf
Pahang
  • Cherating B&B Kraf
  • Inakraf Wood Carving
  • Warisan Craft Wood
  • Suri Craft
  • Aziah Handicraft
Terengganu
  • Lamaka Trading
  • Tunjang Bakawali Sdn Bhd
  • Balai Seni Wanpo
  • KIK Paka Berhad
Kelantan
  • A.Rahman Kayu Kraf
  • Ayu Kraf
  • Perabot Rotan Zakaria
Sarawak
  • Seri Seni Buluh
  • Seri Bemban Enterprise
  • Bengkel Usahajaya Kraftangan
Sabah
  • Indoh Bin Galing
  • Eduwot Binti Indog
  • Mohd Sarang Bin Majalang
  • Seri Wawasan Enterprise
  • Reo Craft Enterprise
  • Pina Craft
  • Sadi Bin Basal
  • Handy Craft Centre
  • Sabahan Nature Handicraft
  • Julitah Craft

Seramik

Perak
  • KZ Kraf Enterprise
  • Affian Craft
  • Ewalk Enterprise
  • Hayati Handicraft
  • Siti Salimah Binti Syed Nordin
Pahang
  • Temin Kraf

Logam/Silver

Kedah
  • Razak Bin Yaakob
Terengganu
  • Wanisma Craft & Trading
  • Tembaga De' Craft Enterprise
Kelantan
  • SA Palas Kraf
  • DY Silvercraft
  • K.B. Permai
  • Silver Handicraft
Sabah
  • Arahjaya Enterprise
  • Hj Ebin Bin Adim
  • Raimond Gong Enterprise