May 26, 2009

68 comments

Langkawi : Pekan Kuah

Kali ni Bain nak bawa semua bloggers ke Pekan Kuah, Langkawi. Kat sini adalah salah satu tempat untuk shopping sakan, tak ingat dunia punya shopping! Heee...;) Memang banyak sangat barang² yg dijual murah² sangat, duty free kata orang. Bain pun salah sorang yg terkena sydrome 'shopping sakan' time ni. ^_^'
Bayangkanlah.....
Perfume: Salvatore Ferragamo 100ml for ladies, kalau kat KL harganya RM295! The bottle only! TAPI....di sini, it's only RM195!!!!!
Tak ke rambang mata Bain nak shopping sakan perfume tu!!! So, Bain beli 2 botol perfumes : Hugo Boss Element (the latest one laaa..)
PLUS
Mariah Carey's Lucious Pink (the latest too!!...)
Yang pastinya!!! These perfumes are exactly crazy-hell cheaper than KL's!!!
.
.
.
Ok, kembali kepada isu asal untuk post kali ni. ;)
Gambar kat bawah ni, di Pekan Kuah, Bain dan Ady jalan² pusing², singgah jap kat kedai makan sini. Harganya teramatlah murah! Order lebih 4 gelas air buah...untuk 2 orang sahaja. Yang menarik tentang gambar ni ialah, adik ni tekun belajar sambil tolong keluarganya berniaga. Berbekalkan cuma cahaya matahari dan kipas angin, dia kushuk mentelaah buku² sekolah. Semoga dia berjaya dengan cemerlang dan menjadi orang yg berguna untuk keluarganya nanti..amin.....;)
Si kucing sekor ni, ntah apa nama dia ntah...tetiba je datang kat Bain, nak mintak makanan agaknya. Tapi Bain tak makan pun, minum je. Tak tau nak bagi dia apa, so Bain snap je gambar dia...kasi glamour skit kucing ni. Siap pose jelir² lidahnya yang seksis itu. Ekekeke.....
Uwekkk!!!
^_~
Kat sini betul² di tengah Pekan Kuah, Langkawi.
Waktu ni teramatlah panas terik tapi bila dah syok jalan² and shopping sakan, hilang terus rasa penat tu!
.
I'm still luv manipulating the HDR effects on clouds especially.
.
Lihat saja awan² di Pekan Kuah ni. Cantik dan memiliki ketenangan yg indah. Shopping sambil menikmati keindahan Ilahi, bersyukur sangat rasanya dapat pengalaman semua ni. :)
Si Ady tu sibuk shopping cari barang sana sini, dah tak peduli dah benda lain,...awan ke, pokok ke, kucing ke,...hehe....time ni dia cuma fokus pada nak beli chocolate, luggage bag, pedang samurai, t-shirts, souvenirs utk aweks,
coklat lagi..lagi² coklat...tak habis² coklat!!!...ekekekeke....jangan marah ye Ady. ^_~
Tup tup!...kat airport kena bayar tax RM185 utk bawak balik semua tu kat KL!
Kuang kuang kuang.......Dan kali ini, Ady kurang sikit merenung termenung. Masa depannya cerah katanya.....
(to be continued...)


May 18, 2009

72 comments

Langkawi : Cable Car

Sorry kawan², Bain dah lama x update blog ni. Banyak gambar² kat Langkawi belum sempat nak upload ni. Tapi, nasib baik ada masa skit nak upload gambar² tu.

Jadi, sekarang Bain nak bawa rakan² bloggers semua, tenangkan fikiran dan relax... jalan² kat kawasan Cable Car, Langkawi (click for more info) ;)

Di sini stesen pertama, tempat nak beli tiket utk cable car. Kawasan sekitar sini cantik², aman dan tenteram. Keadaan agak panas terik di bawah kaki bukit ni. Bain tak ingat nama kawasan ni. Takpe, nanti dah ingat, Bain akan beritahu ya :)
.
*DAH INGAT!!!! Nama gunung ni ialah Gunung Mat Cincang! Kenapa namanya "Mat Cincang"??? Ntahlaa...agaknya, kawasan gunung ni dijumpai oleh seorang kelana yg bernama Mat Cincang kot. Dia Meredah Hutan Melayari Lautan..pinjam ayat Kengkaru jap ;)
ee.....'^_^'.....ee

Semua dah dapat tiket, yay! Gambar menunjukkan Ana, Ady ngan Izwan sedang menunggu cable car seterusnya untuk dinaiki. Dengan perasaan yg teramat teruja, maka naiklah mereka cable car itu dengan selamat.......

Ni gambar dari dalam cable car yg kami naik. Dah tinggi sangat dah ni! Cuak jugak rasanya...tapi bila dah lama² dok kt dalam cable car tu, ok dah....Kalau kamu semua perasan kat bawah tu, itulah stesen pertama, tempat kami beli tiket tadi.Masih dari dalam cable car. Inilah jambatan gantung yang agak baru disiapkan. Hanya menggunakan 1 tiang utama sahaja, untuk menggantungkan jambatan tu. Excited giler kitaorg time ni, x sabar² nak sampai ke puncak, nak terejah terus ke jambatan gantung tu! Heheh....

Perjalanan masih diteruskan. Bain sempat snap gambar hutan yg berbatu ni. Usia batu ni adalah beribu² tahun! Kawasan sini telah menjadi tempat kajian para pengkaji dari seluruh dunia di planet bumi ini! Diaorg kaji pasal batu daa....Geology namanya^_^
.
.
.
Kami dah selamat sampai ke stesen terakhir! Yehooo!!!!!
Gambar² kat bawah ni adalah gambar stesen terakhir. Dah macam stesen kapal angkasa Star Trek plak Bain tengok! ekekekekekk.......

Di sini Bain and the gang betul² berada di puncak! Cantek banget deh pemandangan² dari sini. Kat sini, angin bukan lagi tiup sepoi² bahasa dah....angin tiup kuat gila!!! Bain pakai topi time ni.....sampai topi tu tertanggal ditiup angin yg sememangnya bukan sepoi² bahasa. Hehe.....

Sampai gak kitaorg kat jambatan gantung ni. Masa beli tiket mula² tadi, penjual tiket tu cakap, tak boleh pergi masuk jambatan gantung ni. Katanya ditutup buat sementara. TAPI, kitaorg main redah je! Haha!!! Boleh pi gak. Terasa gak laa jambatan gantung ni bergoyang².....

Inilah satu²nya tiang yg support jambatan gantung tu. Yang lainnya, cuma tali konkrit saja yg balancekannya cam kat bawah ni....
Gambar dari pandangan mata Bain sendiri...tinggi betul jambatan ni digantung. Bawah tu gaung berhutan. :) Yang 2 pasang kaki tu laa kaki Bain ;) Ekekee......^_^'


Heroes Langkawi 2009. Peace.....
.
.
.
Tengok saja jambatan tu...tergantung hanya dipapah oleh sebatang tiang besi saja! Tu yg bergoyang² jambatan tu! Angin kat sini....sejuk+kuat! Dan sekali lagi,....Ady merenung masa depannya yang belum pasti. Hehe.....^_^'

May 08, 2009

68 comments

Langkawi : Dataran Helang

Demam HDR Bain masih lagi belum dapat diubati. Lebih kronik dari mana² jenis demam selsema yang wujud pada zaman ini! hehe.....

Buat permulaan ceritera perjalanan Bain di Langkawi, gambar di Dataran Helang, Langkawi menjadi pilihan sebagai mukadimah hikayat sepanjang kejohanan Sukan Badan Berkanun Malaysia 2009.

Banyak gambar² yg best² sempat Bain amik. Gambar² yg Bain rasa terbaik dan beshh sangat utk dibuat eksperimen dan dipertontonkan pada rakan² semua yang baik hati. :) Jadi, inilah hasilnya utk tatapan semua.....

Ady sedang merenung memikirkan masa depan...ekekek...


*Feel free to comment ya! Tenkiu.....;)

May 07, 2009

12 comments

*Yoon See

The "Uplifting Blogger" Award

Thank you Yoon See for awarding me the "Uplifting Blogger" award! Yay!
^_~

Bukan senang nak terima apa² award dari bloggers yg lain kat alam maya ni ;) and again thank you very much Yoon See for visiting my blog frequently. Juga tidak lupa pada bloggers yang lain yang selalu datang singgah di teratak baincardin ni ;) Yay!
^_^

This award goes to fellow bloggers who visit frequently and raise my spirits with their kind words of encouragement, their beautiful images and their wonderful outlook on life. They make blogging a positive experience and continue to make my life richer.

Please feel free to pass this award along to your friends. I ask that you do name them but you don't have to link to them. Just stop by their blogs and let them know you've given them this award. Here are my recipients in no particular order. Thanks to all of you who raise me up! xoxo


May 04, 2009

31 comments

HDR in Senja Kuala Lumpur

Selamat Hari Buruh! ^_~

Kali ini Bain cuba menggunakan kesan HDR pada suasana senja. Bagi Bain, it is very interesting to my curiosity's adrenaline, to give a try on the diffused light from the sky when the sun is below the horizon. Gambar² ni diberi kesan HDR yg berbeda², saja mau dilihat dan memperlihatkan pada bloggers semua untuk memiliki ketenangannya yg indah ya! ^_^

Location : Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Original photo

1. HDR with Normal Effects

Effect 2: Stormy Violet

Effect 3: Vincent Green

Effect 4: Normal with Auto correct Curves in PS

Effect 5: Cool Blue