(*Entri kali ini Bain cuba buat dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara kita Malaysia)
Pada hari Jumaat, 25 Disember 2009, pukul 8.00 malam, sambil menonton Buletin Utama TV3, Bain dikejutkan dengan salah satu tajuk utama berita pada malam tersebut, "Bekalan darah di Pusat Darah Negara sekarang berada di paras KRITIKAL!".
Dan yang lebih menggemparkan Bain lagi, darah jenis O adalah merupakan kategori kumpulan darah yang paling rendah peratusan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara. Kebetulan pula, darah Bain adalah jenis kumpulan tersebut iaitu O. Pusat Darah Negara sekarang berada di dalam keadaan terdesak, amat memerlukan penderma darah untuk menderma darah tidak kira samada darah jenis A, B, AB, atau O. Stok bekalan darah tersebut akan digunakan bagi menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang kini amat memerlukan darah untuk rawatan yang sedang mereka lalui.
Jadi, Bain telah mengambil keputusan untuk membantu Pusat Darah Negara dalam membuat promosi dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mengajak dan menyeru semua masyarakat di negara kita Malaysia bagi menderma darah secara sukarela. Salah satu cara yang Bain gunakan ialah dengan menggunakan laman blog Bain sendiri; www.baincardin.com Melalui cara ini, Bain amatlah berharap agar para bloggers dan followers Bain di sini dan di luar sana dapat menyumbangkan jasa yang tidak terkira nilainya melalui aktiviti pendermaan darah. Dermalah darah kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang mulia yang sememangnya boleh menyelamatkan nyawa orang lain. ;)
Pusat Darah Negara terletak berhampiran dengan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. (klik sini untuk peta bagi Pusat Darah Negara). Pusat Darah Negara ini juga sebenarnya bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan untuk ke lokasi amatlah mudah kerana tempat ini juga terletak berhampiran dengan Istana Budaya Kuala Lumpur dan juga Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.
Pada hari Jumaat, 25 Disember 2009, pukul 8.00 malam, sambil menonton Buletin Utama TV3, Bain dikejutkan dengan salah satu tajuk utama berita pada malam tersebut, "Bekalan darah di Pusat Darah Negara sekarang berada di paras KRITIKAL!".
Dan yang lebih menggemparkan Bain lagi, darah jenis O adalah merupakan kategori kumpulan darah yang paling rendah peratusan stok bekalan darah di Pusat Darah Negara. Kebetulan pula, darah Bain adalah jenis kumpulan tersebut iaitu O. Pusat Darah Negara sekarang berada di dalam keadaan terdesak, amat memerlukan penderma darah untuk menderma darah tidak kira samada darah jenis A, B, AB, atau O. Stok bekalan darah tersebut akan digunakan bagi menyelamatkan nyawa mangsa atau pesakit yang kini amat memerlukan darah untuk rawatan yang sedang mereka lalui.
Jadi, Bain telah mengambil keputusan untuk membantu Pusat Darah Negara dalam membuat promosi dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mengajak dan menyeru semua masyarakat di negara kita Malaysia bagi menderma darah secara sukarela. Salah satu cara yang Bain gunakan ialah dengan menggunakan laman blog Bain sendiri; www.baincardin.com Melalui cara ini, Bain amatlah berharap agar para bloggers dan followers Bain di sini dan di luar sana dapat menyumbangkan jasa yang tidak terkira nilainya melalui aktiviti pendermaan darah. Dermalah darah kerana ia merupakan satu tanggungjawab yang mulia yang sememangnya boleh menyelamatkan nyawa orang lain. ;)
1Blood for 1Malaysia
Pada hari Isnin, 28 Disember 2009, semasa di Pusat Darah Negara, Bain dan rakan sepejabat, Mus, sempat bertemu dengan salah seorang kakitangan di sana, Puan Hanisah Mohd Isa. Beliau merupakan seorang Penolong Pegawai Penerangan Unit Perolehan Dan Perhubungan Penderma. Bain menerangkan kepada beliau tujuan kedatangan Bain di Pusat Darah Negara, bagi membuat liputan untuk membantu mempromosi usaha bagi menderma darah melalui laman blog Bain. Beliau terus saja bersetuju dan amat memerlukan dan menggalakkan pada setiap individu di negara kita ini untuk mempromosi usaha mereka dan dalam masa yang sama dapat membantu memberi kesedaran rakyat Malaysia dalam usaha menderma darah secara sukarela, di mana usaha ini amatlah penting yang boleh menyelamatkan nyawa orang lain secara langsung atau tidak langsung. Kata beliau lagi darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain.
Pada pendapat beliau, setiap individu yang menderma darah, tidak kira warna kulit, bangsa atau agama, semuanya adalah sama tujuannya iaitu menderma bagi menyelamatkan nyawa insan yang kurang bernasib baik. Tambahan beliau lagi, negara kita Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana memiliki rakyat yang pelbagai bangsa iaitu masyarakat majmuk.
Bain merasakan amat bertuah dan berterima kasih kepada beliau kerana diberi layanan oleh beliau dengan baik sekali. Dengan maklumat yang diperolehi daripada beliau, walaupun maklumat tersebut terhad, Bain tetap akan cuba membantu Pusat Darah Negara dalam usaha mendapatkan lebih ramai penderma darah untuk tampil menderma darah secara sukarela.
Selari dengan usaha Perdana Menteri kita Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, pada pendapat Bain, apa yang dimaksudkan dengan tajuk entri kali ini; "1Blood for 1Malaysia" adalah kita rakyat Malaysia yang berbilang kaum berperanan penting dalam menjayakan usaha untuk menderma darah secara sukarela di mana darah yang didermakan itu boleh menyelamatkan satu nyawa mahupun lebih, tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Dengan usaha murni ini, ia boleh menjadi pemangkin dalam menjayakan ilham Perdana Menteri kita iaitu 1Malaysia pada masa ini dan juga pada masa depan.

Pusat Darah Negara terletak berhampiran dengan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. (klik sini untuk peta bagi Pusat Darah Negara). Pusat Darah Negara ini juga sebenarnya bersebelahan dengan Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur. Perjalanan untuk ke lokasi amatlah mudah kerana tempat ini juga terletak berhampiran dengan Istana Budaya Kuala Lumpur dan juga Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Puan Hanisah Mohd Isa selaku Penolong Pegawai Penerangan di Unit Perolehan Dan Perhubungan Penderma, bagi syarikat swasta yang ingin menghantar beberapa kakitangannya untuk menderma, syarikat swasta terbabit bolehlah menghubungi beliau, di mana Pusat Darah Negara akan menyediakan kemudahan pengangkutan untuk mengambil para penderma darah dari syarikat swasta tersebut yang melebihi 10 orang. Kemudahan pengangkutan yang disediakan akan mengambil para penderma dan menghantar pulang ke pejabat mereka semula setelah selesai menderma darah.
Pusat Darah Negara dibuka untuk menderma darah mengikut waktu seperti berikut:-
Isnin hingga Rabu : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
Khamis dan Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu : 7.30 pagi hingga 4.00 petang
Sebarang pertanyaan dan untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah menghubungi:-
Pusat Darah Negara,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.
atau telefon : 03-2693 3888 dan Email : pro@pdn.moh.gov.my
Laman web Pusat Darah Negara : http://www.pdn.gov.my
Usaha bagi mendapatkan lebih banyak penderma darah ini telah memberikan kesedaran yang mendalam dan bermakna kepada Bain. Bain telah mengambil keputusan untuk menderma darah Bain sendiri! Yay! ^_^ Untuk pengetahuan para pembaca sekelian, ini merupakan kali pertama Bain menderma darah! ^_^' Bain merasakan dengan menderma darah walaupun setitik, ia mampu menyelamatkan nyawa insan yang lain tidak kira bangsa mahupun agama.
Selain itu juga, Bain telah membuat cadangan kepada pihak pengurusan tempat Bain bekerja iaitu di Lembaga Tabung Angkatan Tentera, dan alhamdulillah, cadangan Bain ini akan dipertimbangkan dan mendapat persetujuan pihak pengurusan untuk menghantar beberapa kakitangan Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang secara sukarela untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan program menderma darah di Pusat Darah Negara ini. Lembaga Tabung Angkatan Tentera dijangka akan menghantar kakitangannya seberapa ramai yang mungkin pada bulan Januari 2010.
Maka langkah Bain untuk menderma darah buat pertama kalinya bermula. Pada hari berikutnya, Selasa 29 Disember 2009, Bain dengan ditemani rakan pejabat, Azdy, dengan langkah berdebar-debar, menuju ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Bain telah berjaya mengajak Azdy untuk menderma darah sekali. Yay! :)
Untuk pengetahuan rakan bloggers semua, Azdy juga seperti Bain; menjadi penderma darah buat kali pertama dalam sejarah hidup kami! Dan yang paling best sekali, 29 Disember adalah tarikh hari lahir rakan Bain ni, Azdy. Cuba bayangkan, pada tarikh hari lahir dia, beliau membuat sesuatu yang paling bermakna dalam hidupnya sebagai hadiah harijadinya. Tersentuh hati Bain bila dia cakap macam tu. Huhuu...:)
Setibanya di pintu lobi, Bain dan Azdy dikehendaki membuat pendaftaran bagi penderma baru di kaunter pendaftaran. Kami dikehendaki memberikan butir-butir peribadi yang lengkap dengan mengisi borang pendaftaran yang telah disediakan.
Semasa di kaunter pendaftaran, layanan yang telah diberikan oleh kakitangan Pusat Darah Negara amatlah baik dan mesra pelanggan. Senyuman sentiasa diberikan dengan ikhlas dalam usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik oleh setiap kakitangan di sana. Bain dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang memerlukan maklumat melalui soal selidik tentang latarbelakang dan masalah perubatan. Sebelum mengisi borang tersebut, kakitangan Tabung Darah akan memberi penerangan tertentu kepada setiap para penderma.Rasa debaran Bain terus berkurangan dengan layanan senyuman yang diberikan oleh mereka. :)
Setelah lengkap mengisi maklumat di dalam borang pendaftaran tersebut, darah Bain diambil sedikit dalam dua titis untuk dianalisis bagi mengetahui jenis kumpulan darah. Jari tengah bain dicucuk dengan jarum. (Proses tusukan jarum ini berlaku dalam sekelip mata sahaja. Jadi Bain tidak merasakan sakit langsung ketika proses ini dilakukan.)Dalam masa tidak kurang dari 2 minit, keputusan bagi menentukan kategori darah berjaya diperolehi! Memang sah, darah bain tergolong di dalam kumpulan O. Yay! :) Darah jenis O adalah merupakan kategori Penderma Universal. Ini bermakna, darah Bain boleh diterima oleh semua manusia yang memiliki darah jenis A, B, AB atau O.
Setelah selesai melalui proses menentukan kumpulan darah, Bain dan Azdy dikehendaki menunggu untuk dipanggil oleh doktor bagi menjalankan proses mengikut prosedur yang seterusnya. Tempoh menunggu pada masa itu amatlah singkat, dalam 5 minit sahaja. Ia bergantung kepada jumlah penderma yang hadir untuk menderma darah pada masa itu. Di ruangan tempat menunggu ada disediakan bahan bacaan seperti suratkhabar dan majalah-majalah kesihatan. Di situ juga ada disediakan televisyen untuk ditonton oleh para penderma darah sambil menunggu giliran untuk menjalani proses menderma darah seterusnya.
Giliran Bain untuk berjumpa dengan doktor sudah tiba. Bain dibawa ke satu bilik kecil yang dilengkapi sebuah meja bersama komputer. Doktor yang ditugaskan membuat pemeriksaan bagi setiap penderma dengan layanan mesra pelanggan yang sempurna. Di sini, doktor akan menanyakan beberapa soalan bagi memastikan penderma darah tersebut layak menjalani proses menderma darah. Antara kriteria umum penderma darah yang baik ialah; penderma mestilah berumur antara 18 hingga 60 tahun, berat badan melebihi 45kg, sihat fizikal dan mental, tidak mengambil sebarang ubat-ubatan dan tidak mengambil minuman beralkohol dalam jangka waktu terdekat sebelum hari pendermaan dan menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun (bagi bukan warganegara Malaysia). Di dalam bilik ini juga doktor akan memeriksa tekanan darah penderma bagi menentukan samada para penderma sesuai atau tidak untuk menderma darah pada hari tersebut.
Akhirnya, Bain dan Azdy telah lulus dan berjaya melalui proses pemeriksaan bersama doktor tadi. Kami dibawa ke bilik seterusnya iaitu bilik menderma darah. Di sinilah bermulanya proses pengambilan darah. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang dari 1 pain darah (586ml). Namun jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan masing-masing.
Sebelum menderma darah, Bain dan Azdy dinasihatkan supaya mengambil sedikit makanan sebagai mengalas perut.
Tanpa kita sedari, darah yang didermakan amatlah bermakna bagi mereka yang memerlukan. Pada hari tersebut, Bain menyedari bahawa ramai yang datang menderma darah. Tidak kira samada berlainan jantina, pangkat, umur, bangsa dan agama, mereka tetap sudi menghulurkan bantuan dengan menderma darah demi menyokong usaha Pusat Darah Negara ini. Puan Hanisah Mohd Isa ada mengatakan kepada Bain bahawa, sejak berita mengenai kekurangan simpanan bekalan darah di Pusat Darah Negara pada 25 Disember 2009 di media diumumkan, ramai yang hadir ke sini untuk menderma darah. Lebih-lebih lagi pada hari hujung minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad. Beliau berharap agar rakyat Malaysia dapat menghulurkan bantuan dengan tampil ke hadapan untuk menderma darah, bukan sahaja ketika berita kekurangan bekalan darah disiarkan di media, malah pada bila-bila masa sahaja, usaha menderma darah amatlah diperlukan.
Menderma darah adalah satu usaha yang mulia. Darah didermakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di negara kita Malaysia. Darah yang didermakan itu juga akan digunakan untuk mereka yang kurang bernasib baik tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama.
Pada hari Bain dan Azdy menderma darah, semakin lama berada di Pusat Darah Negara, semakin ramai penderma darah yang turut hadir untuk menjayakan usaha murni ini.
Layanan yang diberikan oleh setiap kakitangan Pusat Darah Negara adalah sangat baik dan memuaskan. Senyuman sentiasa diberikan. Sikap sebegini haruslah dicontohi oleh semua badan atau organisasi kerajaan dan swasta dalam memberikan layanan dan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.Melihat kepada semua reaksi penderma darah pada hari itu, Bain tidak lagi rasa takut dan berdebar-debar untuk menderma darah. Malah, Bain rasakan bahawa Bain akan terus menderma darah lagi pada masa akan datang selagi hayat masih ada. Puan Hanisah Mohd Isa mengatakan bahawa, Bain boleh datang menderma darah lagi selepas 3 bulan dari tarikh hari Bain menderma darah. Ini bermakna, mengikut perkiraan Bain, kita boleh menderma darah sebanyak 4 kali dalam setahun. Yay! ^_^
*Bain dah catat dalam diari dan kalendar 2010; tarikh utk Bain menderma darah:-
31 Mac 2010
30 Jun 2010
30 September 2010, dan
31 Disember 2010
Jom ikut Bain untuk menderma darah!!! yay!!!~ ^_^
30 Jun 2010
30 September 2010, dan
31 Disember 2010
Jom ikut Bain untuk menderma darah!!! yay!!!~ ^_^
Proses pengambilan darah Bain dan Azdy cuma mengambil masa antara 7 hingga 10 minit sahaja. Selesai! Darah yang telah cukup untuk 1 pain akan dipekkan dan dilabelkan dengan lengkap mengikut kumpulan darah masing-masing. Termasuklah darah Bain sekali! Darah-darah ini akan diproses dan melalui ujian saringan untuk disimpan mengikut jenis dan kumpulan masing-masing. Mengikut maklumat yang diberikan oleh Puan Hanisah, sel darah merah disimpan pada suhu antara 2 darjah celcius dan 6 darjah celcius dan boleh bertahan selama 35 hari.
Darah yang telah dilabelkan ini akan diproses dan melalui ujian saringan untuk disimpan mengikut jenis dan kumpulan masing-masing.Setelah melalui proses pengambilan darah, Bain dan Azdy dikehendaki berehat selama 5 hingga 10 minit. Kami dibawa menuju ke kafeteria untuk penderma darah. Di sini Bain dihidangkan dengan pelbagai kemudahan dan makanan serta minuman yang disediakan khas untuk para penderma.
Semuanya adalah percuma!
Kami juga dinasihat supaya minum banyak air selepas menderma untuk mengembalikan jumlah darah yang hilang dalam masa 12 jam dan mengambil makanan seperti biasa.
Bain dan Azdy mendaftarkan diri di kafe ini dengan hanya menuliskan nama dan tandatangan, untuk menerima hidangan yang disediakan beserta hadiah saguhati secara percuma! Hadiah saguhati sebagai souvenir adalah merupakan gelas mug sumbangan ikhlas dari Pusat Darah Negara. Bain tidak kisah samada dapat hadiah percuma atau tidak kerana yang paling penting ialah Bain dapat menderma darah dengan selamat, di mana usaha ini mampu menyelamatkan nyawa seseorang di kemudian hari. Nyawa seorang manusia adalah lebih bernilai malah nilainya tidak dapat diukur oleh kita. Hanya tuhan saja yang tahu nilainya. :)Bain dan Azdy dihidangkan dengan bihun goreng, biskut coklat, buah pisang, roti sandwich, roti kaya dan minuman seperti air milo, nescafe dan air kotak lychee. Banyak juga kami makan waktu tu. :)
Salah seorang kakitangan yang ditugaskan di kafeteria untuk pengagihan makanan kepada penderma. Senyuman ikhlas dan mesra sentiasa dihulurkan.Gambar di bawah ini, Bain sempat berbual mesra bersama dengan salah seorang penderma darah tegar. Pakcik yang berpengalaman ini memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Liew. Dari pandangan matanya sahaja dia sudah tahu yang Bain dan Azdy merupakan penderma darah buat kali pertama.
Bain sempat berbual-bual dengannya dan menanyakan pengalaman beliau sebagai seorang penderma darah yang setia. Untuk pengetahuan bloggers semua, beliau telah pun menderma darah sebanyak lebih 100 kali di Pusat Darah Negara ini! Bain pada mulanya terkejut dengan kenyataan beliau itu tetapi Uncle Liew memberitahu pada Bain, ada juga penderma darah yang pernah beliau jumpa, telah menderma sebanyak 200 hingga 300 kali! Lebih banyak daripada Uncle Liew sendiri.
Uncle Liew yang berumur hampir 50 tahun ini telah memberikan semangat dan nasihat yang amat berguna kepada Bain dan Azdy pada hari itu. Beliau mengatakan bahawa, dengan menderma darah, badannya menjadi lebih segar dan sihat. Nasihat Uncle Liew lagi, menderma darah haruslah dijadikan amalan seumur hidup kerana dengan menderma darah juga boleh menghilangkan stress atau tekanan dalam diri kita. Dengan itu kita mampu hidup dengan lebih sihat, ceria dan kuat!
Terima kasih banyak-banyak yang tidak terhingga pada Uncle Liew. Nasihat dan petua yang diberikan olehnya amatlah berguna dan akan Bain ingat sampai bila-bila. :)

Uncle Liew; seorang penderma darah tegar yang sentiasa kelihatan ceria dan peramah orangnya.Penderma darah akan menerima saguhati sumbangan Pusat Darah Negara. Setiap penderma darah juga akan diberikan sijil, merupakan sebuah buku kecil berwarna merah seperti gambar di bawah. Buku ini mengandungi butir-butir lengkap penderma darah dan juga rekod bagi setiap aktiviti menderma darah. Buku ini haruslah disimpan dengan baik untuk kegunaan pada masa depan.

Setelah Bain melalui pengalaman menderma darah ini, banyak yang telah dipelajari. Bain merasakan adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap insan termasuklah diri sendiri untuk tampil kehadapan menderma darah dalam usaha membantu insan yang lain, yang kurang bernasib baik. Secara langsung atau tidak, dengan menderma darah kita dapat menyelamatkan nyawa manusia yang lain tanpa mengira bangsa dan agama, terutamanya di negara kita sendiri iaitu Malaysia.
Di sini Bain menyeru agar semua para bloggers dan pembaca dapat menghulurkan bantuan iaitu melalui pendermaan darah. Bekalan simpanan darah di Pusat Darah Negara sememangnya sekarang berada di paras sangat kritikal. Siapa lagi yang mampu mengatasi masalah ini kalau bukan kita sebagai manusia biasa di muka bumi ini, secara sukarela tampil ke hadapan menghulurkan bantuan dengan menderma darah?
Cuba kita bayangkan, jika seorang individu yang amat memerlukan darah kita ini adalah merupakan salah seorang ahli keluarga kita yang terdekat atau rakan karib kita yang kita sayangi. Sebagai manusia yang normal, tidakkah kita merasakan kasihan serta bersimpati dengan masalah yang menimpa mereka yang kurang bernasib baik ini, dan seterusnya datang menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang yang kita sayangi?
Oleh itu, fikir-fikirkanlah. Sumbangan darah yang tidak ternilai ini adalah satu usaha yang mulia dan hanya Tuhan sahaja yang mampu membalasnya. Semoga usaha dan sumbangan kita semua mampu melahirkan kehidupan yang aman dan tenteram bersama-sama rakyat yang berbilang kaum di negara kita Malaysia yang dicintai.
Dengan 1Blood for 1Malaysia, Bain berharap agar usaha ini mendapat sambutan dan sokongan yang tidak berbelah bagi untuk menjayakan usaha Pusat Darah Negara khususnya, dan seterusnya dapat menjayakan misi 1Malaysia dengan cemerlang gemilang dan terbilang!

32 comments:
Chop!!!! Huahuahua...
rajinbetol abg shah sorg nih..
gud work bro..
my blood is O+.
dah selalu derma..
maybe next time kowt..
Tahniah Zahirov! apa lagi, dah chop tu...pergilah derma darah ye...^_^
Ini first time derma darah ni Shah. sebelum ni takut² je nak derma. tapi kali ni, lepas derma, rasa nak derma lagi! yay! ^_^
tahniah, satu usaha murni
insyaallah akan terus menderma...
(^_^)
yay! kay! ^_^ teruskan menderma darah ye! ^_^
oit..cepatnyer zahir chop!!! ceh..
waaa,..best nyer gi derma darah..dulu masa kt uni ade gak nk derma darah..tp x lepas the minimum weight..
skang may be da boley kot..sbb da gumuks :)
ehhh...cuba bygkan ade org idup dengan darah kite kan..mesti bile..bumped into these people..rase cam kenal..tp cam x igt..ala2 dejavu gitu...:) hehehe..
Aku Chop dlu......sape ikut derma dapat dlu......:)
Woi jiha, darah aku ni suci selama 28 thn, sape dpt untung beb....
Aku igt pasni aku ngn bain jadi peramah mcm Unc Liew, sbb dier dah jadi penderma darah tegar....so pasni aku ngn bain plak.....jpe org je jadi peramah.....huhuhu....
Jia, derma darah tak kira saiz badan. kurus or gemuk semua boleh derma darah.
*yelaa Jia, Bain x terpikir pun darah kita akan mengalir pada mereka yg menggunakannya tu. Betul ke nanti cam ada dejavu? ^_^
HAhahaha!!!~ ko ni Ady, dah tak sabar nak jadi cam uncle Liew, penderma darah tegar. Penderma setia tu... ^_^
Tahniah atas usaha murni untuk promosikan kempen derma darah ni. Aki pun suka menderma. Rasanya sudah lebih lima kali. Kalau berkesempatan, Aki mahu menderma lagi. :)
bain..green tak pernah derma darah..sbb green takut..tgok horor movie pn pejam mata..inikan pula..
hmm..malu dah..
waahhh....dah 5 kali tu. Tahniah Aki! Jom pi derma lagi! yay! ^_^
Green, Bain mula² pun macam Green jugak. Takut and berdebar² nak donate blood. Tapi bila dah donate, rasa cam best plak and nak donate lagi! yay! ^_^ So, Green jgn risau k. apa² pun doctor akan cek tahap kesihatan Green dulu, then barulaa boleh decide samada boleh derma atau tidak. Rilex.....:)
"semuga usaha murni ini dpt memupuk semangat satu Malaysia yang sanggup berkorban dan bantu-membantu tak kira bangsa dan agama!ke arah perpaduan serta keamanan yg bepanjangan :) "
entry ni boleh menang award perpaduan ye!
yay Yunus! ^_^ mmg betul kata Yunus. Semua sokong 200%~ ^_^
ko dah pi derma darah ? ^_^
satu usaha murni..keep it up! ;]
FUNFABULOSITY; Thank you for your support ye! ^__^ yay!~
iA..qish pun nak donate darah..=)
Bain, Diya dah lama teringin nak derma darah. Tak takut kene cucuk semua tu, tapi takut tengok darah tu yang jadi halangan..
Derma darah ni salah satu perkara yg I selalu tunda tunda. Procrastination. I pun ada takut sikit tengok darah..tapi kalau macam tu tak perlu lah tengok2 darah yg dah dikumpulkan tu kan :P
Keep up the good work. InsyaAllah satu hari nanti I pun akan join sama :)
yay Qishie! Bagus derma darah! ^_^
Kuatkan semangat Diya, Diya boleh! Bain mula² pun takut tgk darah gak, tapi lama² ok dah, yay! ^_^
SOHO Mama; boleh derma darah bila² masa. Selamat Menderma Darah ok! yay! ^_^
wahh.. saye baru je derma darah ari tu.. then a few days after that, keluar berite psl darah O x cukup.. :-? pelik gak.. xsure la statistik org malaysia tp most of my family members berdarah O dan yg layak tu semua g derma.. hrp2 makin ramai la volunteer g derma darah.. ^_^
Tahniah Lolo berjaya derma darah! yay! ^_^
dan terima kasih kerana beri sokongan utk kempen ni ye ^_^
Baguih..buat selalu..ada tokoh jadik wakil rakyat..selalu melawat kawasan..hehehe;)
--maruto--
Maruto; ni boleh jadi wakil rakyat alaf baru ni...guna alam maya utk promote! ^_^' huhuu.....
Post a Comment