Assalamualaikum w.b.t.
.
Sempena pagi Jumaat yg mulia ini, tergerak hati saya untuk berkongsi bersama rakan² semua.
..
Sempena pagi Jumaat yg mulia ini, tergerak hati saya untuk berkongsi bersama rakan² semua.
.
Begini ceritanya, semasa saya cuba mengambil gambar untuk eksperimen ‘Shadows and Reflections Photography’ bagi gelas yg berisikan air masak (rujuk posting sebelum ni: Shadows in Glass, Khamis, 22/1/2009), gambar tersebut kemudiannya cuba dieditkan di dalam Photoshop. Dani masa tu sibuk dengan kerja freelance bersama notebooknya di sofa rumah Aki. Saya cuba zoom in gambar air di dalam gelas tu.
.
Subhanallah!
..
Subhanallah!
Imej yg terdapat dalam gelas tersebut, pada pandangan saya, imej itu adalah kalimah “Allah”. Terdapat banyak kalimah suci tersebut di dalam gelas tu. Untuk meyakinkan pandangan/penglihatan saya tu, saya emailkan gambar ni kepada Kak Lela dan diperlihatkan juga kepada officemate; Midie, Ady & Jia. Mereka juga mengatakan perkara yang sama.
Sebelum crop.
Selepas crop.
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat, dan Dialah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di Bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”(Surah Luqman: Ayat 34)




20 comments:
Subhanallah..itulah menunjukkan kebesaran ALLAH s.w.t...
(^_^)
betul tu apisz. KebesaranNya ditunjukkan bukan saja sebesar² kejadian langit dan bumi, tapi juga ditunjukkan dalam sekecil² molekul air tu. in fact sekecil² lebih kecil dari tu pun boleh. ni kalu pakai DSLR ni, ntah macam mana detailnya agaknya. ^_^
Bertuah awak pul....kalau perasan ada ayat YASSIN pertama. Ayat yg paling besar sekali di tepi gelas. Kalau boleh air tu awak ambil sambil berdoa dan minum agar dpt keberkatan dr ALLAH. AMIN......(kak liza)
ye kak? saya pun tak perasan ayat 'Yassin' tu mula². Bila akak bagitau, barulah saya perasan. terima kasih banyak² kak Liza. ^_^
dunia kn dh nak akhir zaman..
bagus ko Mid...mengingatkan semua orang di sini. ^_^
ya ampun pul yang bener memang ada kalimah ALLAH tu. untung siapayng dapat melihatnya kan. ini bermakna dunia semakin hampir kepada hari kiamat.
betul cakap Kell tu. Sama² kita berdoa yg terbaik utk semua umat Islam samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia. Amin......^_^
Gamba tu ko amik kt internet kn pol..agak² otg yg amik gamba tahu x...'discovery' ko nih...anyway..bertuah betul dpt tgok kebesaran tuhan cam nih.. :)
isshhh ko ni Jia...aku amik sendiri la. cuba baca bebetul explaination tu...termasuk yg 22/1/09 punya posting tu skali. ini original punya sendiri. ^_^
ooo..ye ker...bkn gamba yg ko tunjuk kt aku yg ko search tuh..ok lah..ok lah...bangga la aku ngan ko..ihiks...
ko ni bermimpi disiang hari Jumaat ke aper ni? heheh.ni mesti dah tak sabo nk jumpa suami yg kejauhan ni ek? huhuuu....^_^ sabo Jia, banyakkan bersabo bak kata Dr. Fadzilah Kamsah. ^_^
kurang ajaq..ko pol...tgok arr..ko kawen nnt cam ner..eeee... :)
eee...jgnla marraa...heheh. nanti cepat tua. ^_^
Indahnya!
Salam Cipul,
sesungguhnya kata-kata mengenai dunia hampir kiamat itu adalah benar. Sedikit demi sedikit kebesaran telah Allah tunjukkan kepada kita, bagi mereka yang menyedarinya, bersyukurlah kerana masih belum terlambat untuk bertaubat maka bersedihlah bagi mereka yang gagal menikmati anugerah ini. I'm proud of u Cipul. Last time we did see kalimah Allah clearly hampered in the sky right infornt of us after the Magrib prayer just before our final PPDI exam paper. Remember that moment? Subhanallah, Allahuakbar!!!!
Ya Allah Ampunkan segala dosaku. Sesungguhnya aku tak layak untuk kesyurgaMU namun aku tak mampu menanggung segala seksaanMU.
Salam
A.Man
betul tu kak Emil. ^_^ Thanks kak Emil.
Betul cakap abg. Man. Memang bersyukur sangat dapat ambil gambar ni. Masa lepas solat maghrib tu, lupa nak bawa camera bersama. Kita dapat lihat di langit tu syukur alhamdulillah. Semoga Allah mengampuni kita semua umat Islam yg masa hidup dan juga yg telah pergi. Amin.....^_^
Subhanallah...kuasa Tuhan ada di mana2.
Betul tu Nora. Cuma manusia itu sendiri yg ingin mengaku atau menafikannya, dan hanya Dia lah yg menentukan siapa yg mendapat hiadayahNya atau pun sebaliknya. Peace...^_^
Post a Comment